Wish Maker
288YR6V8 |
Assalamualikum Kita menabung adalah kerana wang yang di kumpul itu dapat di gunakan untuk masa hadapan. Masa hadapan bagi saya itu ialah masa kini kerana salah satu sebab saya menabung lebih 10 tahun dulu ialah untuk kegunaan membuat rumah.
Saya dan suami telah mendapat pertolongan kewangan dari skim perumahan yang di sediakan oleh majikan. Dengan pertolongan kewangan ini, kami ketika ini sudah pun mendirikan rumah yang akan di jangka siap awal tahun 2010. Ini lah sebabnya saya katakan masa hadapan saya itu ialah masa ini sebab saya akan mengunakan wang tabungan saya itu untuk membeli keperluan rumah saya seperti membeli lampu-lampu, perabut dan lain-lain keperluan rumah. Oleh itu saya sangat berharap dengan adanya Wish Campaign ini saya mendapat pertolongan kewangan yang dapat membantu saya membeli keperluan kelengkapan rumah.
Jika saya gunakan tabungan saya itu untuk keperluan di atas, wang itu akan habis atau pun banyak berkurang. Ini membuat saya berfikir kerana saya mengambil masa yang lama untuk mengumpul wang yang saya tabung masa kini. Jika sekiranya habis, saya mungkin mengambil masa yang lebih lama lagi dari dulu kerana taraf kewangan saya masa kini dan akan datang tidak mebolehkan saya dapat menabung seperti dulu.
Seperti saya katakan tadi yang membuat rumah adalah salah satu dari matalamat saya menabung ketika dulu. Matlamat saya yang lain ialah untuk membiayai anak-anak saya untuk melanjutkan pelajaran dan juga untuk hari tua setelah pencen. Walaupun kita adan mendapat baksis tapi ia akan berkurangan oleh kerana skim pinjaman wang untuk rumah.
Kita memerlukan wang simpanan selain wang pencen kerana ia digunakan untuk kehidupan kita seharian setelah tidak berkerja. Selain itu kita juga mesti memikirkan pelajaran anak-anak kita, penjagaan rumah( house maintainance) dan sebagainya.
Jika saya mendapat kewangan lain, ini dapat meringankan beban saya kerana saya tidak perlu mengunakan wang tabungan saya, yang saya perlukan untuk masa hadapan saya nanti. Semoga dengan ini tabungan saya dapat bertambah kerana saya tidak perlu bermula menabung lagi jika saya menggunakannua sekarang. Wassalam |


