Wish Maker
8WDV5GFK |
"Konsep suka menabung atau menyimpan wang saya perlukan untuk bermacam-macam kegunaan seperti bagi perbelanjaan pendidikan anak-anak saya... Malah dengan adanya menyimpan wang ini, kita dapat mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan." Bismillahir Rahman Nirrrahim, Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.
Kehidupan merupakan satu destinasi yang perlu dijalani oleh manusia samada rintangan yang dihadapi adalah sesuatu yang baik atupun sebaliknya. Di dunia ini juga terdapat bermacam-macam ragam kehidupan yang perlu dihadapi dengan tabah dan sabar. Walaupun berbagai rintangan yang telah melanda, kita selaku manusia mestilah menempuhinya dengan sabar. Antara dugaan kehidupan yang sering manusia hadapi ialah masalah kewangan. Memanglah pada amnya setiap yang manusia yang hidup di dunia yang serba canggih ini seringkali berhadapan dengan kewangan. Bahkan setiap pergerakan kita menuju ke sesuatu destinasi memerlukan wang. Begitu juga dengan kehidupan saya yang mana kadangkala memerlukan sumber kewangan yang lebih. Tidak dinafikan naluri saya berkehendakkan sesuatu yang indah dan terbaik. Apa yang saya impikan selama ini insyallah akan dikabulkan dengan adanya kempen Bibd wish ini. Secara peribadinya, jika melihat kepada keadaan kewangan saya pada masa ini memanglah tidak stabil. Bak kata pepatah, besar periuk besarlah keraknya. Begitulah kehidupan saya beberapa tahun sebelum ini yang mana seringkali membuat perbelanjaan tanpa merancang. Disebabkan perbuatan saya itulah telah mengakibatkan kesan yang buruk kepada saya iaitu kurannya keprihatinan menabung atau menyimpan wang. untuk kegunaan masa hadapan. Alhamdulillah dengan adanya kempen ini, telah membuka minda dan hati saya untuk menguatkan azam dan hati saya supaya mengamalkan sikap suka menabung. Konsep suka menabung atau menyimpan wang saya perlukan untuk bermacam-macam kegunaan seperti bagi perbelanjaan pendidikan anak-anak saya, perbelanjaan seharian, keperluan kereta, kecemasan dan melancong bersama keluarga. Malah dengan adanya menyimpan wang ini, kita dapat mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan. Walaupun dengan jumlah tabungan yang sedikit, saya dapat merasakan kepuasan hati saya bagi melaksanakan niat hati saya supaya tercapai. Bak kata pepatah melayu, biar sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Dengan adanya tabungan saya itu, nanati saya pasti dan yakin bahawa kehidupan saya akan terjamin dan sekaligus mengubah kehidupan saya. Antara sebab kenapa saya menabung ialah antara lain saya dapat membiayai persekolahan anak-anak saya supaya mereka ini akan menjadi orang yang terpelajar dan berguna kepada masyarakat dan negara. Dengan adanya konsep ini, saya telah kuatkan semangat hati saya supaya membuat perancangan masa depan saya dengan terus menyimpan wang ke dalam bank untuk mencapai hajat saya supaya terlaksana. Bak kata pepatah orang arab "Man Jadda wa Jada" iaitu membawa maksud "siapa yang bersungguh-sungguh akan mendapat kejayaan. Apa yang saya yakin ialah dengan cara menabung ini sajalah saya akan dapat mencapai hajat saya supaya terlaksana dan dikabulkan. Jikalah saya orang yang bertuah bagi kempen ini, setentunya akan memberikan kegembiraan kepada saya amnya dan khususnya kepada keluarga saya terutama sekali anak-anak saya.
|


