Wish Maker

2J4MP2JR

"Namun usaha untuk masa hadapan diteruskan dengan menabung dan memanafatkan sumber kewangan dengan baik...Saya berhajat untuk memberikan didikan terbaik untuk anak-anak dengan menghantar mereka ke instiusi pengajian yang terbaik..."

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..saya berkerja dengan kerajaan dan berpendapatan empat angka dan amat bersyukur kerana dapat menampung keperluan keluarga seharian. Seperti insan lain juga, saya tidak dapat lari dari berhutang dan membayar beberapa keperluan rutin. Namun usaha untuk masa hadapan diteruskan dengan menabung dan memanafatkan sumber kewangan dengan baik.

Seperti insan lain juga, saya bercita-cita untuk membentuk anak-anak dengan didikan pelajaran yang baik. Saya berhajat untuk memberikan didikan terbaik untuk anak-anak dengan menghantar mereka ke instiusi pengajian yang terbaik agar menjadi generasi yang berguna dan berbakti terhadap ibu bapanya dan negara.

BIBD Wish-Maker telah memberi dorongan untuk terus menabung dan melihat masa hadapan dengan lebih jauh lagi. Saya amat berterima kasih dengan adanya peluang yang diberikan seumpama ini kepada BIBD. Saya juga pelanggan tetap BIBD semenjak mula berkerja lagi.

Andai BIBD Wish-maker merealisasikan hajat saya ini, Insya Allah saya akan terus merealisasikan usaha kearah generasi berguna. Disamping itu juga, ingin membantu anak-anak lain yang tidak berkemampuan dangan kemampuan yang ada nanti. Sekian terima kasih dan wassalam.