Wish Maker

36ETQKFP

"Saya berhajat untuk menunaikan hajat anak-anak saya untuk memiliki tabungan pelajaran bagi masa depan mereka."

Assalammualaikum warahmatullah hi wabarakatuh. Saya berhajat untuk menunaikan hajat anak-anak saya untuk memiliki tabungan pelajaran bagi masa depan mereka. Insyaallah…..

Sudah lebih 10 tahun saya mendirikan rumahtangga dan sekarang memiliki empat orang cahaya mata yang sedang membesar. Walaupun saya dan suami kedua-duanya bekerja, akan tetapi kerana tanggungan yang banyak, kami tidak ada simpanan untuk bekal masa hadapan apatah lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Apa yang kami perolehi setiap bulan hanya mencukupi perbelanjaan bulanan memandangkan bil-bil yang perlu kami bayar setiap bulan. Kami bersyukur dengan limpah rahmat Allah kerana memberi kami kehidupan yang selesa, cukup makan dan pakai. Cuma perasaan terkilan itu tidak dapat dibendung jikalau melihat anak-anak yang sedang membesar di depan mata tanpa ada tabungan untuk mereka. Kalaulah dapat di pusing semula, sudah tentu kami pasti berjimat dan menabung walaupun perit dan tidak mudah kesampaian........

Apakah mereka akan berjaya di dalam pembelajaran mereka, bagaimana nasib mereka di masa hadapan dan bermacam-macam perasaan yang boleh mengganggu fikiran. Apakah jaminan yang dapat kami berikan sebagai ibubapa. 

Saya rasa sungguh bersyukur apabila mendengar BIBD ada menawarkan BIBD WISH CAMPAIGN. Mungkin ini adalah petunjuk dari Allah untuk kami memohon hajat. Mungkin ini adalah salah satu jalan bagi kami suami isteri untuk menambah sumber kewangan. Kita tidak akan tahu nasib kita sehingga kita mencuba. 

Keperluan hajat ini adalah untuk orang-orang yang saya sayangi dan kasihi sepenuh hati. Jikalau hajat ini tercapai, insyaallah dengan terlaksananya hajat saya ini dapatlah kami menabung dan menyimpan wang untuk simpanan anak-anak kerana tanpa menabung, tidak mungkin duit itu akan datang bergolek.

Besarlah harapan saya supaya hajat saya ini dapat terlaksana. Sekurang-kurangnya dapatlah saya membantu suami untuk meringankan beban perbelanjaan dan tanggungan yang kami pikul di bahu ini.

Sekian.