Wish Maker

2DP7YNDA

Terima kasih ingin saya ucapkan kepada BIBD kerana melancarkan skim promosi Hajat kepada rakyat jelata penduduk Brunei Darussalam samaada pihak invidu ini dalam keadaan berkemampuan atau tidak dan juga tidak mengira bangsa apa pun.  Saya bersyukur kepada Allah s.w kerana berkesempatan mengikuti skim ini.

Tahun 2009 memang tahun yang sangat mencabar bagi saya, tahun ini membuka mata saya untuk memulakan cara membina hidup yang lebih bermakna untuk saya dan keluarga saya.  Berumur 38 tahun dan mempunyai 6 orang anak yang masih kecil ialah cabaran besar bagi saya.  Satu persatu mesti juga saya dilakukan dengan teliti seperti percancangan kewangan, masa dan kerjaya yang lebih menyerlah semua ini akan saya lakukan dengan lebih gigih kerana saya ingin membetuk masa depan keluarga lebih kukuh, mantap dan selesa. 

Saya percaya seperti pelanggan-pelanggan yang lain mengikuti skim ini pernah melalui masa lampau yang sangat sedih, seperti mereka juga saya pernah  melalui ini semua.  Dari pengelaman yang sedih ini saya kuat azam untuk menyertai skim hajat ini.  Saya percaya tak semua manusia didunia mahu cara hidup dalam kemiskinan seumur hidup mereka, saya mengakui saya tidak sanggup lagi mengulangi cara hidup ini semasa saya kecil hinggalah dewasa.  Saya pernah tidak menyambut Raya Aidil Fitri pada tahun 1970an bersama keluarga saya, kerana masaalah kewangan.  Saya masih ingat pada peristiwa ini kami berkumpul dibilik ruang tamu melihat rancangan RTB dimusim perayaan ini.  Apa bila saudara mara atau jiran tetangga mengetuk kami hanya diam senyap.  Tahun ini saja saya hampir-hampir tidak merayakan Hari Aidil Fitri tetapi syukur alhamdulilah ada sedikit rezeki lebih itu pun dari simpanan gaji yang hanya cukup makan.

Memang besar kesannya sifat menabung, bayangkan jikalau lah saya tidak menyimpan duit memang saya akan mengalami peristiwa yang sedih yang pernah saya alami pada 20tahun yang lalu. Sebenarnya bakalan hidup utama saya seharian ialah berzikir bismilahitawakaltuwallahuakbar.  Bayangkan saya hanya pekerja ahli bomba biasa yang tidak berpangkat, Allah s.w taala sahaja yang tahu keadaan kehidupan saya, tapi saya tetap akur dan tetap bersyukur kepada Allah s.w kerana masih memberi saya peluang untuk terus berjuang dengan dugaan yang diberikanya pada saya.  Semoga saya akan terus berjaya dengan dugaan-dugaan yang akan saya lalui amin....

Pengajaran-pengajaran yang saya pelajari dari kemiskinan yang pernah saya lalui iaitu terus bersabar terhadap apa yang dihadapi, menguatkan azam saya untuk berusaha lebih gigih lagi supaya tidak akan melalui cara hidup susah yang pernah saya alami  dan selalu berkeadaan didalam tenang dan ikhlas menerima hakikat keadaan sekelilingnya.

Saya menabung bukan untuk diri saya sehaja, tetapi orang-orang sekiling yang saya tanggung.  Bagi saya sifat menabung ialah tanggung jawab yang mesti dilakukan oleh semua pihak invidu samaada dia kahwin atau tidak, kerana apa membasmi diri kita dari kemiskinan, mencuri, mengambil hak orang, bersandar diri kepada orang lain dan juga meminta-minta tanpa usaha.  Allah s.w tidak akan memberi rezeki kepada seseorang selagi dia tidak berusaha dan sembahyang sahaja  hanya berdoa tanpa usaha pun juga tidak bermakna.

Jikalau pun saya meminta lebih kepada Allah s.w bukan semata-mata untuk menunjukkan ataupun untuk bermewah-mewah, hanyalah semata-mata untuk menyelamatkan anak-anak saya daripada kemiskinan atau kesusahan, ini juga untuk persediaan perancangan kewangan untuk masa depan mereka.

Wassalam.