Wish Maker

7EEHE5ZT

"...membuat perancangan bulanan supaya budjet tidak lari pada perkara lain seperti membeli keperluan anak, mengasingkan wang untuk membeli barang dapur, minyak kereta dan selebihnya menyimpan ke dalam Akaun Simpanan semata-mata untuk keperluan dimasa hadapan."

Syukur alhamdulillah dengan rezekiNya jua, saya kini memperoleh pekerjaan di sektor kerajaan dimana gaji bulanan yang diterima dapatlah saya menyara kehidupan dan membayar hutang kereta serta hutang pinjaman bank yang terus saja dipotong melalui gaji saya. Memandangkan baki gaji hanya tinggal 50 peratus sahaja setelah ditolak dari segala hutang piutang dan menyedari perbelanjaan sara hidup yang kian meningkat maka saya harus mengingati diri sendiri supaya hidup sentiasa berjimat cermat dan jadikan tabiat menabung sebagai satu kemestian. Dari itu saya membuat perancangan bulanan supaya budjet tidak lari pada perkara lain seperti membeli keperluan anak, mengasingkan wang untuk membeli barang dapur, minyak kereta dan selebihnya menyimpan ke dalam Akaun Simpanan semata-mata untuk keperluan dimasa hadapan.

Namun apa yang terkilan dihati adalah saya tidak lagi dapat memberikan ibu saya wang seperti bulan-bulan sebelumnya. Ini bukan kerana lokek atau sudah lupa tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya selepas mendirikan rumah tangga tetapi adalah kerana komitmen yang semakin bertambah. Saya perlu memastikan barang-barang anak mencukupi seperti perbelanjaan pampers, susu dan sebagainya.
 
Alhamdulillah dengan adanya wishcampaign ini dapat menambah serta menaikkan lagi semangat saya untuk terus menabung dari masa ke semasa tanpa mengira banyak atau sedikit wang yang disimpan. Apa yang penting, hasilnya dapat membantu di saat kecemasan atau di kala suka mahupun duka.
 
Seperti orang lain, saya juga mempunyai impian yang tersendiri didalam kehidupan. Salah satu impian saya adalah ingin menghabiskan hutang kereta saya yang hanya tinggal dalam sekitar $12,000 dmana bulanannya yang harus saya bayar adalah sebanyak $294 sebulan.
 
Saya menyimpan niat dihati sekiranya saya tidak lagi punya hutang kereta dapatlah kiranya saya memberi ibu saya wang pada tiap-tiap bulan sepertimana saya pernah memberinya sewaktu ketika dahulu. Terus terang saya katakan, cerita disebalik kenapa saya membeli kereta itu bukanlah untuk bersuka-suka atau keinginan membeli kereta baru tetapi adalah kerana menggantikan kereta lama saya yang berusia 10 tahun lamanya telah rosak akibar banjir yang melanda pada tahun 2006 dimana menyebabkan ianya mengalami kerosakan (overhaul). Setelah berusaha membaikinya namun tetap sahaja suhu temperaturenya naik. Saya lalu mencari jalan bagaimana dan sampai bila saya harus meminjam kereta untuk pergi bekerja. Setelah mengira lebihan gaji jadi saya terfikir untuk membeli sebuah kereta untuk kemudahan saya dan keluarga pada Januari 2007. Alhamdulillah dengan kereta tersebut dapatlah saya pergi bekerja seperti biasa tanpa meminjam kereta lagi. Kini saya seperti menghitung hari menanti akan tahun 2013 maka habislah hutang yang saya tanggung selama 7 tahun dapat diselesaikan dan melalui BIBDWISH ini saya menaruh harapan agar hajat saya melunaskan hutang kereta tercapai dan dapatlah saya memberi ibu saya perbelanjaan bulanan lagi, InsyaAllah.