Wish Maker

ASM5URPG

"Sejak setahun lepas saya berupaya membuat sedikit simpanan setiap bulan tetapi hanya cukup untuk menampung perbelanjaan keperluan sekolah adik-adik dihujung tahun dan untuk keperluan kecemasan..."

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih & Maha Penyayang. Syukur kehadrat tuhan diatas peluang & kesempatan ini untuk membuat hajat melalui Promosi Hajat BIBD.

Hajat saya ialah untuk membiayai kos perubatan adik lelaki saya yang berumur 13 tahun menghidap penyakit Otisme dan meyiapkan penambahan rumah yang telah lama terbengkalai.

Saya adalah anak sulung didalam keluarga dan hanya bekerja disalah sebuah syarikat swasta, sebagai seorang perempuan amatlah terasa berat untuk mengusahakannya kerana tinggal didaerah Temburong, tambahan lagi pekerjaan saya memerlukan saya bekerja di B.S.B. setiap hujung minggu dan ianya seperti bekerja 7 hari seminggu.

Sejak setahun lepas saya berupaya membuat sedikit simpanan setiap bulan tetapi hanya cukup untuk menampung perbelanjaan keperluan sekolah adik-adik dihujung tahun dan untuk keperluan kecemasan seperti membaiki kerosakan kereta dan bencana banjir besar yang melanda baru-baru ini, mujurlah saya ada simpanan walaupun sedikit tetapi amat bermakna disaat-saat memerlukan dan ianya mendorong saya untuk membuat simpanan sebanyak mungkin.

Jika hajat untuk mengubati adik saya yang menghidap penyakit Otisme tercapai, akan terasa kebahagiaan dalam keluarga kami melihat dia merasa kehidupan normal sepertimana yang kita jalani seharian. Ataupun sekiranya hajat saya untuk menyiapkan rumah terlaksana, ianya tidak akan sia-sia kerana ia akan memberi manfaat dan keselesaan untuk seluruh keluarga kami terutama sekali adik saya yang menghidap penyakit Otisme, jika hajat tidak disampaikan dalam Promosi Hajat BIBD ini saya akan tetap berusaha untuk mengubati penyakit adik saya dan menyiapkan penambahan rumah yang terbengkalai.

Sekiranya apa yang saya hajatkan tercapai, maka bolehlah saya untuk berkahwin dan berkeluarga sendiri dengan calon suami saya yang amat memahami keperluan keluarga saya, yang sanggup menunggu bertahun lamanya walaupun usia saya sudah mencecah 27 tahun.

Sekian, terima kasih.