Wish Maker

JPMHF53Y

Assalamualaikum Warahmatuullahiwabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Melalui BIBDWish ini saya sangat berharap supaya hajat saya dapat dikabulkan. Terlebih dahulu saya nyata bahawa kehidupan saya, suami dan anak kami adalah pada tahap sederhana. Bagaimanapun hajat kami untuk memiik sebuah rumah tidak dapat kami tunaikan dalam masa terdekat ini. Ia memrlukan masa yang panjang dan pengobanan untuk menabung bagi mencapai hasrat kami itu. Dengan amalan menabung yang diikuti sejak kecil lagi alhamdulillaah ia dapat membantu kami terutama pada saat berdepan dengan masalah dan kesempitan wang. Sejak kecil, saya mengamalkan menyimpan duit poket yang diberikan ayah setiap hari. Pada zaman persekolahan, hasil duit tabungan itulah saya gunakan untuk membeli peralatan sekolah dan membayar yuran sekolah tanpa meminta-minta lagi daripada ayah. Amalan menabung saya sarankan juga kepada suami dan anak saya. Suami saya menurut saranan saya itu dan beliau bersyukur kerana daripada hasil tabungan itu dapat membantunya pada ketika  kesusahan. Bercerita tentang hasrat kami yang ingin memiliki sebuah rumah, ia sudah tertanam sejak kami baru berkahwin. Kami sudah membuat tempahan untuk membeli sebuah rumah yang berharga sekitar $200,000.00. Namun anggara duit pinjaman rumah yang  ditafsir oleh Kementerian Kewangan dan duit simpanan saya dan suami masih belum mencukupi. Kami terpaksa ikat perut untuk mencapai baki wang yang belum mencukupi itu. Oleh itu, saya sangat berharap melalui BIBDWish ini akan dapat membantu kami untuk merealisasikan hasrat untuk memiliki sebuah kediaman demi keharmoniah rumah tangga kami. Amin..amin...ya rabbalalamin....