Masliza binti Hj Mohd

Click to nominate me!
Nominee Code: 05

She often thought about the fate of their child's birth, and prayed for their happiness and the patience to face life.

The BIBD Wish Award will go towards Masliza’s wish to help lessen her sister’s burdens.

In 2000, her sister’s husband died of kidney disease leaving her to be a single mother of five children. Her sister is a housewife who depends only on their parents’ pension and siblings, who each bear their own responsibilities.

Although Masliza has her own family, she still strives to reduce the burdens of her little sister. Since young she has been saving a little from her baking sales. Although the results of savings were unstable, it has changed her life and those she loved.

Continue to read Masliza's story in full...

 

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Yang Maha Mengetahui yang telah mengurniakan ilham untuk BIBD merealisasikan impian melalui kempen hajat ini.  Ini adalah merupakan suatu jalan menuju kemenangan yang telah dianugerahkan Allah Subhanahu Wata'ala melalui BIBD.

BIBD yang dihormati, salah satu impian saya yang sudah lama saya hajati berkaitan dengan kakak kandung saya, iaitu, mahu membelikannya atau menghadiahkannya sebuah kereta sederhana sesuai keperluannya di Negara Brunei Darussalam ini.  Saya tahu memang itu lah keperluannya yang sering didoakannya dari dulu lagi.  Saya turut serta dalam kempen hajat ini tanpa pengetahuannya dan saya amat berbesar hati, jika kiranya BIBD dapat menunaikan hajatnya itu yang juga kini menjadi hajat saya untuknya.

Kakak saya itu adalah seorang balu (ibu tunggal) berusia  40an membesarkan sendiri anak-anaknya yang yatim seramai 5 orang dan ketika ditinggalkan suami pada tahun 2000 yang lalu, akibat penyakit buah pinggang, anak-anaknya itu masih kecil dan 4 darinya masih bersekolah manakala yang bongsu masih berusia 3 tahun.  Sejak itu, saya sering memikirkan nasib mereka anak beranak dan sering berdoa untuk kebahgiaan dan kesabaran mereka mengharungi hidup.  Apatah lagi kakak saya hingga kini merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa.  Sebelumnya dia mempunyai pekerjaan, tetapi sejak anak kedua, dia berhenti kerana menumpukan perhatian terhadap anak-anak dan rumahtangga.  Kepayahan dan kesusahann yang ditanggungnya sejak abang ipar saya jatuh sakit hingga sekarang dengan berbagai masalah membuat hati saya tersentuh dan tidak pernah kering air mata saya apabila mengenang dan berdoa untuk mereka.  Walaupun tidak banyak yang dapat saya lakukan untuk meringankan bebanan yang ditanggung. Hanya Allah sahaja yang tahu selebihnya luahan hati saya terhadap mereka.

Untuk makluman BIBD, saya adalah seorang pegawai kerajaan berpendapatan C.3, lulusan HND pengajian Islam.  Saya sudah berumahtangga memilikki 4 orang anak dan 3 darinya sudah bersekolah dan yang sulung belajar di Sekolah Arab perempuan.  Suami saya juga bekerja dijabatan kerajaan dan berpendapatan lebih rendah dari saya.  Namun demikian saya tetap bersyukur dengan  rezeki yang Allah aturkan untuk kehidupan ini.  Keadaan kewangan saya adalah sederhana dengan keadaan ekonomi sekarang dan setiap bulan perlu diatur dengan bijak semua keperluan sebelum hadir bulan berikutnya.  Membesarkan anak-anak yang meningkat remaja dengan segala keperluan dan tuntutan mereka dalam keadaan kewangan yang sederhana ini adalah merupakan satu cabaran.  Tetapi saya dan suami tetap jua sabar mengharunginya semata-mata mengharapkan keredhaan dari Allah jua.

Walaupun keadaan kewangan yang kurang stabil, saya seboleh-bolehnya menyumbangkan seberapa yang mampu sesuai keperluan yang tidak berlebihan untuk meringankan keperluan anak-anak buah saya yang yatim ini sekadar mahu melihat sinar dimata mereka.  Dengan cara itu membuat saya merasa tenang dan ringan. Syukurlah saya mempunyai suami dan anak-anak yang begitu memahami jiwa dan keperihatianan saya .  Saya berhajatkan sebuah kereta untuk kakak saya adalah kerana rasa kasih sayang saya terhadap kakak kandung saya yang pernah berbudi dengan baiknya terhadap saya suatu waktu dahulu.  Lebih lagi sekarang ini kakak saya ditinggalkan dengan keadaan yang sederhana tanpa harta, tiada tempat bergantung melainkan ibu bapa saya yang sudah tua dan menerima pencen tua dan mengharapkan kasih sayand dari adek beradek yang masing-masing memikul tanggungjawab sendiri.

Saya ini boleh lah dikatakan seorang anak yang baik dalam keluarga.  Anak yang sering dipuji oleh ibu bapa dan dulunya hingga kini selalu didoakan dapat meringankan bebanan keluarga.  Alhamdulillah doa ibu bapa saya dimakbulkan Allah.  Walaupun saya tidak menyumbangkan kemewahan tetapi sekadar perhatian yang ikhlas, mampu membuat keluarga saya bahagia.

Niat dan hajat mahu membelikan kakak saya sebuah kereta  telah wujud agak lama dulu.  Sejak kereta peninggalan arwah suaminya sudah rosak beberapa tahun yang lalu, mereka terpaksa menumpang sesiapa sahaja untuk pergi kedestinasi tertentu dan terutamanya kesekolah.  Begitulah seterusnya berlaku hingga suatu hari saya meminjamkan kakak saya sebuah kereta second hand milik saya untuk keperluan mereka.  Saya dan suami cukuplah menggunakan sebuah kereta sahaja. Senanglah hati mereka untuk beberapa ketika hingga kereta tersebut dikembalikannya kerana mempunyai masalah. Kini setelah anaknya yang sulung sudah bekerja dengan pendapatan tidak sampai B$ 700.00 sebulan dan atas ihsan pengurus tempatnya bekerja  telah mengeluarkan sebuah kereta terpakai untuk kegunaannya pergi balik bekerja disamping menyambung terus pembayaran kereta tersebut. Kereta itu jugalah yang digunakan untuk semua keperluan, sekolah, kerja, urusan-urusan lain dan sebagainya serta seterusnya. Namanya juga kereta terpakai, jika rosak kereta tersebut maka termenunglah mereka berhari-hari dan kadanga-kadang sampai sebulan memikirkan untuk membaikki kereta tersebut. Seterusnya memikirkan keperluan yang lain-lain..

melihat kepayahan disamping kesungguhan mereka untuk memajukan kehidupan mereka tanpa mengeluh membuat saya kagum dan bertambah-tambah lagi doa saya kepada Allah mudah-mudahan mereka berjaya dikemudian hari dan saya mampu membantu mereka merealisasikan impian mereka, Insya Allah. Jika kakak saya mempunyai sebuah kereta, sekurang-kurangnya meringankan dan memudahkan menghantar anak-anak bersekolah tepat waktu dan tidak terlambat, tidak berulang alik bergiliran.  Selamatlah persekolahan anak-anak nya yang mana kini hanya dua orang saja lagi yang masih bersekolah kerana tiga darinya tidak dapat meneruskan persekolahan atas kepayahan hidup dan masalah kenderaan ketika itu. harapan saya agar dua orang anak-anak kakak saya ini dapat meneruskan persekolahan dengan selesa hingga berjaya dan merekalah nanti yang akan merubah kehidupan mereka sekeluarga. Seorang darinya bersekolah di Sekolah Menengah Arab dan cita-citanya untuk meneruskan pengajian keperingkat universiti mudah-mudahan saja tercapai. Pernah anak buah saya ini mempunyai masalah kenaikkan kelas kerana tidak cukup kehadiran bersekolah (ketika itu tidak tinggal diasrama kerana penuh) dan pada masa yang sama mereka mempunyai masalah kenderaan. Tetapi atas ihsan pengetua sekolah berkenaan dan dengan doa keluarga, dapat juga dia dinaikkan kerana masalah tersebut bukannya dienghajakan.

BIBD yang dihormati, sejak kecil saya sudah menabong dengan hasil jualan kueh, hinggalah sekarang.  Walaupun hasil tabungan tidak stabil kerana keperluan hidup suka dan duka, tetapi banyak mengubah kehidupan saya juga orang-orang yang saya sayangi. Apat mengembirakan hati keluarga dengan membelikan hadiah yang berfaedah untuk anak-anak saya yang sering mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran  membantu anak-anak buah yang memerlukan seadanya dan sesuai keperluan dan lain-lain lagi.  Begitulah juga hasrat saya terhadap kakak saya ini, jika hajat ini dapat ditunaikan dengan adanya kereta yang baik kakak saya dapat melakukan aktiviti dan menolong ibu bapa saya kehospital, sebagaimana yang sering dilakukannya menggunakan kereta bapa saya yang kini sudah rosak dan bapa saya tidak lagi dibenarkan memandu. Anak-anak juga dapat hadir kesekolah dengan selesa, tenang dan berkeyakinan.  Hajat saya ini Insya Allah dapat dikekalkan dan akan saya hargai sampai bila-bila pun selagi diri ini menyaksikan kebaikkan dan faedahnya terhadap kakak saya serta terus-terusan menyaksikan kepentingannya.

Keperluan hajat ini adalah untuk orang-orang yang saya sayangi, kasihi dan peduli sepenuh hati, selain keluarga saya sendiri.  Mudah-mudahan saja dengan keselesaan hidup dapat memajukan diri sendiri dan orang lain untuk terus menuju kecermelangan hidup.  Semoga Allah memberi ruang dan peluang untuk saya berbakti terhadap anak-anak buah saya yang yatim ini untuk menikmati hidup seadanya dan keperluan keluarga juga orang-orang yang memerlukan. Ibu bapa saya sudah pasti akan turut berbesar hati jika saya berkongsi rasa dan berbakti kepada sudara kandung sendiri sekalipun saya membelakangi keperluan saya sendiri.  Mudah-mudahan hajat dan doa saya untuk menghadiahkannya sebuah kereta sederhana akan terlaksana.  Saya berharap hakim-hakim yang bijaksana memahami keperluan ini, walaupun hajat saya ini adalah untuk keperluan orang lain yang saya sayangi dan lebih memerlukan.  Semoga Allah Mengujudkan impian saya melalui BIBD, Wassalam.

Back to Top