Hj Ismadey Bin Hj Hussin

Click to nominate me!
Nominee Code: 03

The year 1996 was a confusing, sad and fearful time for him, as his parents filed for a divorce and his mother, his brother and he did not have a house to live in.

Hj Ismadey wishes to give his mother and his family happiness and a comfortable home.

The year 1996 was important for him as he had to sit for the GCS ‘O’ Level examinations. Unfortunately, three days before his examinations, his parents filed for a divorce. Together with his mother and his younger brother, they stayed at his uncle’s place as they did not have a house to live in. He was embarrassed about living in his friends’ house, but he did not have a choice. This bitter experience only left him more determined to change his family’s life and provide for all their needs.

After 13 years, he is still unable to buy a house for his family. Despite working seven days a week, only resting on public holidays, he still can only afford to rent instead of buying. They moved constantly to find more affordable rentals. In the past 13 years, they have moved as much as five times.

Being the only breadwinner, Hj Ismadey is afraid that his family cannot cope in the unfortunate event that anything should happen to him. Thus, he is strict about saving enough money for emergencies.

He is not concerned about having a large and luxurious house, he only wishes for one that can house his family comfortably. He does not want to regret not being able to bring his mother the happiness of owning her own place. As long as he is still healthy, he wants to make sure his mother is worry-free and comfortable. Only when he is able to fulfill this wish, would he be able to think about his own happiness — marriage.

Continue to read Hj Ismadey's story in full...

 

Assalamualaikum…

Pada tahun 1996 adalah tahun yang amat penting tetapi malang bagi diri saya. Pada tahun itu saya akan menduduki peperiksaan ahir GCE O’level, yang mana pada waktu itu O’level adalah peperiksaan yang bagi saya amat besar dan penting bagi meneruskan cita-cita dalam akademik.

Tiga hari sebelum bermulanya peperiksaan saya, ibubapa saya telah bercerai. Saya sangat binggung, sedih, takut dan bermacam-macam lagi perasaan yang bercampur baur. Pada malam sebelum peperiksaan saya bermula, bapa saya telah memanggil kami semua adik beradik bagi menentukan siapakah yang akan kami ikuti. Sebagai seorang remaja yang akan menjalani peperiksaan penting, saya amat keliru,sedih dan takut untuk membuat sebarang keputusan. Namun, kami semua adik beradik memilih untuk ikut pergi bersama Ibu kami,kerana bagi kami biarlah hidup susah bersama walaupun terpaksa keluar dari rumah bapa kami pada keesokan harinya. Dikala kawan-kawan saya yang lain menghadapi peperiksaan pada pagi itu, saya, adik-adik dan kakak-kakak saya pula mengemas barang-barang kami untuk dibawa keluar dari rumah itu. Memandangkan Ibu saya tiada saudara mara dan hanya mempunyai seorang adik, kami tidak ada hala tuju dan tidak tahu untuk berteduh dimana. Semua ayah saudara dan emak saudara belah bapa saya tidak mahu untuk memberi pertolongan kepada kami pada waktu itu. Nasib baik adik kepada Ibu saya itu mahu menumpangkan kami di rumah mereka walaupun hanya sebuah bilik, kerana rumahnya juga terlalu kecil. Kerana terlalu sempit untuk kami semua tingal dalam bilik itu, saya dan adik-adik saya terpaksa berpecah dan menumpang di rumah kawan-kawan kami. Soal makan pula, ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..dan malam, kadang-kadang tidak makan.. (terlalu panjang untuk diceritakan disini)

Saya menumpang tinggal dari satu kawan ke satu kawan saya yang lain. Rasa malu memang sudah tentu, tetapi untuk meneruskan hidup saya terpaksa berbuat begitu. Pernah satu masa yang saya takut untuk tidur kerana tidak mahu bangun keesokan harinya memikirkan masa depan saya yang tidak pasti. Namun dengan azam yang kuat, saya tentunya tidak mengalah. Dalam usia yang masih muda dan tanpa kelulusan, saya terpaksa berkerja bagi menampung diri dan juga Ibu serta adik-adik saya. Dari situlah saya berazam untuk mengubah hidup saya dan keluarga saya tanpa memikirkan keperluan diri saya sendiri. Alhamdullilah, dengan usaha yang gigih, saya sedikit sebanyak dapat menolong mereka walaupun mengambil masa yang lama dan saya sangat bersyukur.

13 tahun telah berlalu, banyak perubahan sudah saya lalui  namun yang masih belum saya dapati ialah mempunyai rumah sendiri bagi saya, Ibu dan adik serta kakak (suami dan anaknya) untuk diami. Kami hanya menyewa dan masih lagi menyewa hingga kini. Bukannya tidak kami usahakan, malah untuk mencapai hajat saya untuk membeli rumah sendiri, saya bekerja tujuh hari seminggu dan hanya berehat pada hari-hari kelepasan awam sahaja. Namun dengan kemampuan dan pendapatan kami semua, kami tidak mampu dan tidak mencukupi untuk membeli rumah. Ditambah lagi dengan pinjaman bank (renovation loan bagi rumah abang ipar saya yang tidak tingal bersama kami) yang baru saya dapatkan pada March tahun ini, kesingkatan berbelanja seharian makin dirasai. Dalam 13 tahun ini juga, kami telah berpindah sebanyak lima kali dari sebuah rumah sewa ke sebuah rumah sewa lain bagi mencari keselesaan serta mencari rumah sewa yang lebih murah.

Kerana khuatir sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini terjadi pada diri saya (kerana saya yang banyak menanggung membayar rumah sewa,bill elektrik dan air), sebab itulah saya mula menabung seberapa banyak yang boleh. Kerana sekiranya terjadi apa-apa pada diri saya nanti, dapatlah mereka mengunakan duit simpanan saya ini nanti untuk membayar sewa rumah untuk beberapa bulan lagi dan memberikan mereka waktu untuk mengusahakan diri mereka (kerana untuk berpindah rumah memerlukan perbelanjaan yang banyak). Dan juga dengan menabung, saya akan rasa lebih selamat pada masa yang mendatang. Kerana bagi saya, adalah mustahil untuk saya dapat mengumpul duit untuk membeli rumah sendiri dengan gaji saya yang tidak seberapanya. Kerana inilah juga saya memendamkan hasrat saya untuk berkahwin, kerana saya belum dapat memberikan perlindungan yang baik kepada keluarga saya dan saya tidak mahu bakal isteri saya itu nanti mempunyai suami yang tidak dapat memberikan perlindungan yang sepatutnya kelak.

Setiap kali datangnya Hari Raya, dikala orang lain memikirkan apa yang patut ditambah dan diusai pada rumah mereka, saya pula memikirkan bagaimana hendak mencari wang lebih bagi menyambut Hari Raya dan juga membayar sewa rumah. Dan selalu juga saya berurusan dengan banyak pihak bagi menukar alamat persuratan kerana setiap kali kami berpindah, saya terpaksa memaklumkan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Dengan ini tidak ada yang lain yang saya ingini, mahukan, hajati dan saya impikan melainkan mempunyai rumah sendiri yang selesa. Tidak perlulah terlalu besar dan mewah, tapi cukuplah sekadar memuatkan kami sekeluarga hidup dengan selesa tanpa memikirkan kemanakah kami akan pindah lagi selepas ini. Biarlah Ibu saya yang sudah cukup puas bersusah hati dan sedih, hidup dengan tenang dan selesa selagi dia masih hidup dan sihat ini. Dan mudahanlah sekiranya BIBD WISH mengabulkan hajat saya ini nanti, barulah saya memikirkan untuk berkahwin. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tidak menyangka adanya keadaan ini di Negara ini, tapi itulah yang terjadi pada saya, adik, kakak dan Ibu saya. Kami rakyat Brunei yang lahir di Negara ini, tidak mempunyai rumah atau tempat tinggal yang tetap.

Bukanlah ingin merunguti atau menyesali dengan kehidupan kini, malah saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang, terutamanya saya masih tingal bersama Ibu saya. Seperti kata pepatah, ‘ tidak akan terasa nikmat air itu, hinggalah kamu benar-benar berasa dahaga’.. Namun, dengan adanya peluang yang diberikan oleh BIBD ini, tidak salah untuk saya mencuba nasib dan inilah peluang yang sepatutnya saya rebuti. Semoga hajat saya ini diambil perhatian dan dimakbulkan.. Amin

Back to Top