Mengapa Kami Menunaikan Hajat
Hidup ini lebih dari sekadar mengumpul harta.
Kemewahan adalah satu cara untuk mencapai aspirasi hidup. Kita semua mempunyai aspirasi berbeza dalam hidup, mungkin bagi sesetengah orang mereka ingin melanjutkan pelajaran sementara bagi yang lain, mereka ingin menikmati kebebasan dari segi kewangan. Mungkin juga ada yang ingin membawa keluarga bercuti ke negara yang mereka idamkan atau menunaikan fardhu Haji.
Kita sering harapkan yang terbaik untuk orang lain dan diri sendiri, tetapi ia bukanlah mudah - maka itu kita perlukan teman dalam hidup kita.
Peranan kami sebagai sebuah bank adalah untuk menjadi teman dan membantu awda mencapai Hajat.
Setiap Hajat amat istimewa dan kami sedia membantu awda menjadikannya satu kenyataan, Tanpa mengira apakah bentuk Hajat awda. Sehingga 10 Pembuat Hajat akan ditunaikan hajatnya setiap bulan yang bernilai lebih BND80,000. Bagi yang lain, kadar simpanan bank kami yang berdaya saing memberi awda peluang untuk berusaha ke arah mencapai Hajat awda. Kembali kepada asas-asas menabung, kami mahu memupuk budaya menabung dengan satu tujuan. Kami mahu membantu awda menikmati rasa takjub apabila awda mencapai impian awda.
Peranan kami sebagai sebuah bank ialah menjadi teman dalam hidup awda, untuk mencapai perkara-perkara yang awda inginkan.
Setiap Hajat adalah peribadi dan istimewa dan kami ingin membantu awda menjadikannya kenyataan tanpa mengira apakah bentuk Hajat awda. Sehingga 10 Kisah-Hajat akan ditunaikan setiap bulan, dengan nilai pemberian berjumlah lebih BND80,000. Bagi yang lain, kadar simpanan yang berdaya saing di bank kami, menyediakan peluang-peluang untuk awda bergerak kearah mencapai impian awda.
Di BIBD, Hajat awda boleh menjadi nyata


