Pembuat Hajat
GW5TJEQU |
"Saya mula bekerja pada awal tahun 1999, dan mula berjimat dan menabung apabila menerima gaji pertama. Alhamdulillah adalah bekalan bagi kegunaan di masa kecemasan." Hajat di hati ingin melihat keluarga terutama suami dan anak-anak gembira dan bahagia merupakan keutamaan saya. Saya rasa sangat bersyukur apabila BIBD mengumumkan KEMPEN HAJAT BIBD kerana ia memberi harapan dan sinaran kepada saya. Mungkinkah hajat saya ini akan tercapai? Saya mula bekerja pada awal tahun 1999, dan mula berjimat dan menabung apabila menerima gaji pertama. Alhamdulillah adalah bekalan bagi kegunaan di masa kecemasan. Pepatah ada mengatakan "KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI". Pada tahun 2001, suami membuat perancangan untuk membeli tanah dan membangun rumah. Alhamdulillah, pada pertengahan 2001, kami berjaya membeli tanah dan selesai urusan tukar nama pada penghujung 2001. Di masa yang sama, kami suami isteri berusaha menguruskan pelan rumah dan hal-hal yang berkaitan. Awal tahun 2002, berdirilah tiang sari rumah kami. Bermula di situ lah permasalahan kewangan timbul. Rumah yang kami idamkan dan bangunkan berjaya terlaksana tetapi menggunakan setiap sen wang pinjaman yang kami perolehi dari sebuah bank tempatan. Wang pinjaman yang suami dan saya pinjam hanya cukup untuk menyiapkan rumah sahaja, tidak memadai untuk perkakas dan peralatan rumah. Walau bagaimanapun kami sekeluarga rasa amat bersyukur kerana berjaya membina rumah dari hasil titik peluh sendiri dan memberi kemudahan asas bagi kami sekeluarga memandangkan saya dan suami, kedua-duanya berlatar belakangkan keluarga yang besar. Tahun 2005 cukup memberi ujian besar kepada kami kerana kereta saya yang baru berusia 4 tahun mula bermasalah sehingga menghabiskan simpanan dan tabungan yang sudah parah. Sehingga kini saya dan suami belum berkemampuan untuk menambah perkakas dan peralatan rumah walaupun kami sudah mendiami rumah tersebut selama 7 tahun. Jikalau hajat saya tercapai, dapatlah saya meringankan bebanan suami dan menceriakan kehidupan kami sekeluarga. Mungkin jika saya salah seorang penerima yang bertuah, dapatlah saya menabung wang untuk persediaan pembelajaran anak-anak di masa depan mereka dan bekalan untuk kami sekeluarga. Dengan ini juga dapat memberi pengajaran kepada saya supaya bijak dalam pengurusan wang. Semoga hajat saya ini akan tercapai. AMIN..... |


