Pembuat Hajat
2J2JRP4X |
"Hajat saya adalah untuk memiliki 10 unit rumah terrace. Hajat saya ini adalah sebagai satu persediaan saya untuk 10 orang anak-anak saya dimasa hadapan" Hajat saya adalah untuk memiliki 10 unit rumah terrace. Hajat saya ini adalah sebagai satu persediaan saya untuk 10 orang anak-anak saya dimasa hadapan. Rumah terrace itu akan menjadi mata pencarian sampingan anak-anak saya nanti, dimana ianya akan dapat menjadi aset kepada mereka. Saya percaya bahawa memiliki rumah terrace itu adalah satu perlaburan yang berfaedah kerana nilai sebuah bangunan tidak mudah jatuh berbanding kepada harta benda lain seperti kereta. Rumah terrace yang saya hajati itu adalah kategori rumah terrace ekonomi. Dari segi kewangan, ianya tidak akan memerlukan modal yang banyak berbanding dengan rumah terrace moden. Pilihan saya untuk mendapatkan modal adalah samaada melalui menabung atau pembiayaan bank. Jika melalui pembiayaan bank, wang pinjaman akan dapat dibayar balik daripada hasil penyewaan. Rancangan saya adalah untuk disewakan. Disamping mendapat kutipan sewa setiap bulan, ianya akan membantu orang ramai yang belum mempunyai rumah persendirian. Selain daripada itu juga, rumah terrace itu akan disewakan pada kadar sewa yang berpatutan terutama bagi golongan orang yang kurang berkemampuan. Fokus utama saya adalah fakir miskin, dimana mereka akan dapat menikmati tempat tinggal yang sempurna dan selesa.
Pada jangka masa panjang, anak-anak saya akan dapat menetap dirumah terrace itu disuatu hari nanti. Jika hajat saya ini tercapai, saya tidak perlu risau tentang kediaman anak-anak saya bila mereka berkeluarga nanti. Selain daripada itu, semua anak-anak saya akan dapat berjiran sesama adik-beradiknya. Ianya akan membantu menguatkan lagi ikatan silaturahim antara anak-anak saya nanti.
|


