- Laman
Utama - Mengenai
Kami - Akaun Semasa
Akaun Simpanan - Pembuat
Hajat - Berita
& Kegiatan - Hubungi
Kami
Pembuat Hajat
LVYHRKY8 |
MY WISH Bismillah Irrahman Nirrahim Dengan bersyukur kepada Allah Subhanahuwataala saya ingin mengambil peluang keemasan dan bermanfaat yang diberikan oleh pihak BIBD bagi menyampaikan hasrat saya untuk mencapai hajat yang sangat saya harap-harapkan ini. Saya percaya, kita hanya dapat merancang dan semuanya akan tercapai dengan kurnia Allah Subhanahuwataala jua, semoga kita semua sentiasa dikurniakan Petunjuk, Rahmat dan HidayahNya, Amin Ya Rab Bal Alamin. Saya mempunyai banyak hajat yang dicita-citakan. Saya adalah seorang yang rajin berusaha demi untuk memenuhi kehendak kehidupan saya. Berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam selama 16 tahun telah membuka carta baru dalam hidup saya. Menyedari pentingnya perancangan kewangan saya sentiasa berhati-hati dalam perbelanjaan. Kehidupan latar belakang keluarga, kedua Allahyarhamah ibu dan Allahyarham bapa yang rajin berusaha/berniaga secara kecil-kecilan telah banyak mengajar saya bahawa rezeki bukan datang bergolek akan tetapi hanya akan diperolehi dengan berkerja dan usaha yang gigih. Alhamdullilah, saya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang suami yang sangat prihatin dan menyokong cita-cita murni saya. Kami dikurniakan dengan Setelah berkhidmat dengan kerajaan selama 16 tahun, saya sangat berminat untuk memulakan perniagaan sendiri. Setelah berbincang dan mendapat restu dari suami, saya bertekad untuk mengundur diri dari perkhidmatan dengan Kerajaan untuk menumpukan perhatian sepenuh masa dalam berniaga. Walaupun keadaan kewangan pada masa itu sangat mencabar, berbekalkan kemahuan yang sangat mendalam dan bertawakal kepada kuasa Allah Subhanahu Wataala, saya membuat keputusan dengan tabah untuk menhadapi apa jua cabaran dan rintangan yang akan datang. September, 1997 saya menamatkan perkhidmatan dan mulai menghadiri kursus-kursus asas pengurusan perniagaan bagi persiapan memulakan perniagaan yang saya impi-impikan ini. Setelah setahun mendaftarkan syarikat perniagaan dan berbekalkan pengalaman daripada kursus dan latihan tersebut dan pergaulan networking dengan pengusaha-pengusaha yang lama dan baru, berserta hati yang cekal untuk berjaya, saya telah memulakan perniagaan ini pada tahun 1998 dengan mengusahakan “kedai jahit pakaian wanita”. Model pertama adalah daripada baksis yang diterima selepas menamatkan perkhidmatan, simpanan sendiri dan tabongan suami. Saya juga dibantu oleh abang sendiri dengan memberikan tempat (kedai) menjalankan perniagaan secara percuma selama 7 tahun. Saya sangat beruntung kerana mendapat peluang keemasan untuk mencapai kejayaan dalam hidup melalui perniagaan ini. Alhamdullilah, sejak bermula pada tahun 1998 hingga sekarang syarikat saya Muhammad Mustaqim Enterprise telah mula berkembang walaupun bukan pada kadar yang saya jangkakan, saya sangat bersyukur kerana ia bertahan untuk terus meningkat secara berperingkat. Syarikat saya telah diberi peluang oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dengan menyertai berbagai-bagai expo dalam dan luar negara bagi mempromosikan syarikat dan produk-produk syarikat. Dalam mengungkayahkan perniagaan ini dan menghadapi perbelanjaan keluarga yang besar, saya dan suami telah terpaksa membuat pinjaman melalui bank-bank dan menggunakan kemudahan kad kredit. Tanpa cara ini, perjalanan perniagaan terganggu kerana banyak perbelanjaan perniagan terpaksa dihadapi menggunakan kewangan perbelanjaan rumah/keluarga. Antara cabaran perniagaan pembuatan pakaian ini, pelanggan meminta tempahan disiapkan dengan segera, akan tetapi mereka tidak semuanya mengambil tempahan pada waktu ditetapkan, dan tidak ada bayaran sedangkan gaji/bayaran lebihmasa dan “overhead” yang lain sudah dibayar seperti sepatutnya. Berbagai-bagai lagi masalah dalam penyelangaraannya yang menimbulkan dan menambahkan masalah kewangan. Sekarang suami saya sudah bersara dari perkhidmaan kerajaan. Perkara ini menyebabkan lagi kekurangan sumber kewangan yang tetap, manakala persekolahan anak-anak masih perlu dibiayai sendiri. Kami sudah mempunyai rumah sendiri yang masih menghadapi baki pinjaman yang masih banyak perlu dibayar. Baki pinjaman kad-kad kredit juga bertambah disebabkan kurang keupayaan memenuhi pembayaran minima yang ditetapkan. Perkara ini sangat kami kesali tapi apakan daya, pada masa ini, itulah saja cara yang dapat memberi kelonggaran sementara menunggu pendapatan yang lebih bagi membayar penuh baki-baki tersebut. Disinilah kami sangat-sangat berharap untuk memulakan simpanan yang terurus dan berpercangan baik. Sekiranya saya terpileh disampaikan hajat ini, saya sangat gembira kerana wang itu akan dibantu penggunaannya secara terutur oleh pihak BIBD. Hajat yang sangat saya inginkan tunaikan adalah mengikut keutamaan ini:- 1. Pembayaran semua hutang-hutang (baki kad-kad kredit yang semakin bertambah disebabkan kadar faedah yang tinggi yang dikenakan oleh pihak bank berkenaan) 2. Pembayaran semua baki pinjaman (loan) bagi menyelesaikan pembuatan rumah 3. Pembiayaan persekolahan anak-anak yang masih dibiayai sendiri 4. Untuk menstabilkan dan seterusnya meningkatkan perniagaan yang sekarang merupakan sumber rezeki kami sekeluarga 5. Memulakan simpanan untuk menunaikan fardzu Haji sekeluarga sebanyak 7 orang 6. Memulakan simpanan untuk kegunaan masa depan dan dihari tua Besarlah harapan saya agar hajat-hajat besar kami sekeluarga ini dapat ditunaikan melalui peluang ini. Wassalam
|


