Pembuat Hajat

CJHBLGNQ

"Bapa saya berumur 70 tahun, manakala ibu saya berusia 60 tahun tapi masih lagi membanting tulang membuat kuih untuk menampung kehidupan mereka. Melihat keperitan mereka mencari rezeki membuatkan saya berazam dan bertekad untuk menabong sampai bila-bila kerana saya tidak sanggup melihat anak-anak saya juga akan menerima nasib yang sama seperti saya."

Bismillah hirrahman nirrahim.. Sesungguhnya setiap kejadian ada qada dan qadarnya. Ada sebab musabab disetiap perbuatan kita. Begitu juga dengan amalan menabong. Banyak faedahnya jika kita menabong. Menabong boleh memupuk sifat tidak memboros dan sikap berjimat cermat. Atas sebab itulah saya dan anak-anak menabong setiap bulan, walaupun sedikit kerana menabong boleh menyelamatkan kita dari berhutang.

Untuk pengetahuan semua, saya bukanlah tergolong dari keluarga yang berada dan berharta. Saya tidak bertanah dan memiliki rumah sendiri. Asalnya saya berasal dari daerah Temburong. Berhijrah ke BSB untuk mencari perkerjaan. Setelah berkahwin, saya menetap bersama mertua sehingga sekarang. Dengan wang gaji yang tidak seberapa setelah 9 tahun saya masih menetap dengan keluarga mertua.  Walaubagaimanapun, dari sikap menabong yang saya amalkan dari dulu telah membuahkan hasil sedikit demi sedikit. Kini walaupun saya masih sebumbung dengan keluarga mertua, tetapi kami tidak lagi berkongsi segalanya. Dengan wang simpanan saya, sedikit demi sedikit sama menyambung atau menambah kawasan saya sendiri iaitu menambah bilik dapur, ruang tamu dan bilik tidur untuk anak-anak saya tanpa berkongsi dengan keluarga mertua lagi. Saya berasa lebih selesa kerana tidak ada mata dan telinga untuk melihat kehidupan kami sekeluarga. Anak-anak pun bebas bermain dan tidak kerap bergaduh dengan anak-anak ipar yang tinggal bersama.

 

Alangkah bahagianya hidup saya, sekiranya dianugerahkan sebuah rumah yang selesa untuk isteri dan 3 orang anak saya yang masih kecil. Saya tahu walaupun wang daripada tabungan saya tidak lah seberapa,saya tidak berputus asa kerana walaupun belum berkemampuan  untuk memiliki sebuah rumah sendiri, tetapi hasil tabongan tersebut akan dapat membantu saya jika berlaku kesempitan wang dimasa akan datang. Saya tidaklah perlu menyusahkan ahli keluarga yang lain nanti sekiranya musibah datang melanda.

 

Keinginan untuk memiliki sebuah rumah amatlah tinggi kerana ia bukan saja akan membahagiakan saya malah, keluarga saya dari Temburong boleh melawat dan menetap dengan saya di sini bila-bila masa sahaja, terutamanya kedua ibu bapa saya yang sudah tua boleh datang menetap bersama saya .Jauh disudut hati, saya yakin akan dapat memiliki sebuah kediaman saya sendiri suatu hari nanti. Dengan adanya BIBD Wish ini, makinlah tinggi harapan dan keyakinan saya untuk terus menabong bagi masa depan saya dan anak-anak saya.

 

Saya juga berharap dengan adanya BIBD Wish ini akan dapat merealisasikan bukan saja impian saya, malah impian ibu bapa saya yang menetap di Temburong bersama dengan adik perempuan saya sahaja. Alangkah bahagianya dapat membalas jasa kedua orang tua yang sudah tua. Saya ingin membantu menyara kehidupan kedua orang tua saya selagi mereka bernyawa. Bapa saya berumur 70 tahun, manakala ibu saya berusia 60 tahun tapi masih lagi membanting tulang membuat kuih untuk menampung kehidupan mereka. Melihat keperitan mereka mencari rezeki membuatkan saya berazam dan bertekad untuk menabong sampai bila-bila kerana saya tidak sanggup melihat anak-anak saya juga akan menerima nasib yang sama seperti saya. Saya berharap dapat memperuntukkan sejumlah wang untuk memenuhi keperluan mereka seharian.

 

Saya juga mengajar anak-anak saya supaya sentiasa menabong dan menghargai segala barang yang dibeli dan tidak membazir dan membeli apa yang perlu sahaja. Bukan bermakna tidak memanjakan anak, tetapi menabong boleh memberikan banyak kesedaran terutamanya apabila mereka dewasa kelak kerana saya juga tidak ada harta dan tanah untuk diwariskan kepada anak-anak. Hanya ilmu pengetahuan dan  keperibadian diri sahaja yang dapat mereka warisi sampai ke akhir hayat.