Mengenai Akaun Simpanan

Konsep Al-Wadiah:

"Menyerahkan harta seseorang kepada seorang lain untuk disimpan secara selamat dengan kebenaran menggunakannya tanpa niat untuk menerima sebarang ganjaran daripadanya."(An introduction to Islamic Finance: Theory and Practice, Zamir Iqbal & Abbas Morakhor)

Akaun Simpanan Al-Wadiah Umum

Terma & Syarat

  • Terbuka kepada individu sahaja.
  • Untuk mereka yang berusia di bawah 15 tahun, akaun mesti dibuka di bawah akaun tanggungan.
  • Simpanan tunai minimum ialah BND50.00 dan akaun minimum yang perlu dikekalkan ialah BND50.00.
  • Para pemegang akaun akan diberikan buku simpanan dan pengeluaran wang boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu kaunter.
  • Bergantung kepada budi bicara bank, dividen akan diberikan kepada akaun yang mempunyai baki purata harian sebanyak BND250 dan ke atas.
  • Kad ATM tidak diwajibkan (optional).

Dokumen-dokumen yang diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Salinan Sijil Lahir (hanya untuk akaun tanggungan).