Terma & Syarat

  • Kelayakan bagi Kempen Hajat BIBD
    • Wish Campaign BIBD (”Kempen Hajat”) dibukakan kepada semua pelanggan yang berkelayakan pada tempoh yang ditetapkan tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan dimaklumkan melalui notis, media atau sebarang saluran maklumat kepada para pelanggan. Kempen Hajat ini tertakluk kepada syarat dan peraturan di bawah.

    • Pelanggan yang berkelayakan adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

      • Pemegang akaun Al Wadiah Peribadi Simpanan atau Semasa BIBD.
      • Pemegang akaun yang berumur di bawah enam belas (16) tahun memerlukan ibu bapa atau penjaga untuk menjadi penjaga kepada akaun tersebut.
      • Pemegang akaun warga negara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.
      • Pemegang akaun bersama akan diiktiraf sebagai satu pemegang akaun atau satu penyertaan, dan pemegang utama akan dikira sebagai pelanggan yang menyertai Kempen Hajat.
    • Syarat-syarat kelayakan bagi pemegang akaun untuk mengikuti Kempen Hajat ini akan ditetapkan atas budi bicara BIBD secara mutlak.
    • Syarat-syarat hadiah hanyalah layak bagi pemegang-pemegang akaun yang mengekalkan sekurangkurangnya baki purata bulanan sebanyak BND2,000.00 di sepanjang tempoh kempen Hajat, atau sebarang jumlah yang ditetapkan oleh BIBD dari masa ke semasa.
    • Mereka yang tersenarai di bawah adalah tidak berkelayakan untuk menyertai Kempen Hajat:
      • Kesemua kakitangan, ahli-ahli Badan Penasihat Syariah dan Lembaga Pengarah BIBD dan anak-anak syarikatnya.
      • Kesemua kakitangan agensi pengiklanan dan promosi yang terlibat dalam menyelenggarakan Kempen Hajat BIBD.
      • Pelanggan yang dikategorikan sebagai muflis, menerima arahan mahkamah dan/atau mempunyai pembayaran pembiayaan yang tertangguh di BIBD / lain-lain institusi.
      • Jikalau BIBD atau pihak ke-3 yang dilantik oleh BIBD bagi Kempen Hajat ini mendapati sebarang bukti yang mencurigai, seperti penipuan, ketidak-jujuran atau penyelewengan dalam penyertaan Kempen Hajat.
      • Sesiapa sahaja yang dianggap oleh BIBD tidak layak, akan dikecualikan dari masa ke semasa tanpa memberi sebarang notis atau penjelasan.
    • Pengeluaran setiap Kod Hajat (yang melayakkan kepada bilangan Hajat yang boleh dibuat) adalah tertakluk kepada jumlah simpanan samada melalui perkhidmatan kaunter, mesin simpanan wang atau kemasukan dana dengan purata simpanan yang digenapkan kepada setiap $500. Sebagai contoh sekiranya pelanggan menyimpan BND1,600, pelanggan akan menerima tiga (3) Kod Hajat sahaja.
    • Bagi pemegang-pemegang akaun BIBD yang sedia ada yang mana jumlah simpanan adalah minima BND500 dalam tempoh masa kempen, pelanggan akan menerima satu (1) Kod Hajat.
    • Kod Hajat hanya boleh diperolehi dari kaunter cawangan BIBD setelah buku akaun atau penyata dikemaskini, dan ia mempunyai ciri-ciri sekuriti yang khusus.
    • Kod Hajat tersebut perlu digunakan bagi menceritakan Hajat yang dikehendaki oleh pemegang akaun melalui laman web www.BIBDWish.com(lamanweb Hajat) atau dengan mengisi Poskad Hajat (Poskad Hajat). Sebarang maklumat yang tidak lengkap akan membatalkan kelayakan pemegang akaun untuk memenangi sebarang hadiah.
  • Kriteria Pemilihan
    • Kisah Hajat yang terpilih tertakluk kepada ketelusan dan penghayatan kisah Hajat yang dihantar melalui Kempen ini. Ciri-ciri pemilihan adalah berdasarkan kriteria seperti berikut:
      • Keperluan Menyimpan: Apakah keadaan kewangan anda masa ini? Apakah keperluan hidup anda yang memerlukan anda untuk menabung?
      • Penjelasan Tujuan Menyimpan: Bagaimanakah cara tabungan anda dapat mengubah keadaan hidup anda? Apakah sebab anda perlu untuk mempunyai simpanan?
      • Daya-tahan: Apakah perancangan masa depan anda? Bagaimanakah anda ingin mencapai Hajat anda?
      • Tahap Lingkungan:Apakah Hajat anda akan dapat memberi kesan kepada orang yang anda sayangi atau yang lain?
  • Pemenang Kisah Hajat Bulanan
    • Kisah Hajat yang dihantar akan disenarai-pendek untuk disiarkan di laman web Hajat, oleh pentadbir Kempen Hajat (pentadbir Kempen) sebagai pihak ke-3 yang dilantik atas budi bicara BIBD secara mutlak.
    • Pemilihan bagi pemenang bulanan untuk Kempen Hajat ini akan diadakan pada minggu pertama dibulan seterusnya pada tempat yang akan ditetapkan dan dimaklumkan oleh pihak BIBD.
    • Penyampaian hadiah bagi Kisah Hajat yang terpilih akan diadakan pada minggu berikutnya (minggu kedua). Tarikh dan masa akan ditetapkan kemudian oleh BIBD.
    • Pemilihan bulanan akan dijadualkan seperti berikut:

    • Hadiah Pemilihan Bulanan Jadual Penyampaian
      Pemilihan bulan April 2009 Mei 2009
      Pemilihan bulan Mei 2009 Jun 2009
      Pemilihan bulan Jun 2009 Julai 2009
      Pemilihan bulan Julai 2009 Ogos 2009
      Pemilihan bulan Ogos 2009 September 2009
      Pemilihan bulan September 2009 Oktober 2009
      Pemilihan bulan Oktober 2009 Nobember 2009
      Pemilihan bulan Nobember 2009 Disember 2009
      Pemilihan bulan Disember 2009 Januari 2010
    • Sepuloh (10) pemenang bulanan bagi Kempen Hajat akan dipilih melalui kaedah yang akan ditetapkan oleh pihak Bank, dan akan disaksikan oleh pihak ke-3 yang akan dilantik atas budi-bicara BIBD secara mutlak.
    • Pemenang akan dihubungi melalui telefon dalam tempoh satu minggu selepas tarikh pemilihan. Senarai pemenang akan dimasukkan ke dalam lamanweb Hajat atau lain-lain media atau cara yang difikirkan sesuai oleh BIBD.
    • Pemenang akan dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah di mana setiap pemenang akan diambil gambar. Setiap bahan yang digunakan di dalam Kempen ini boleh digunapakai oleh BIBD di dalam aktiviti pemasaran dan promosinya.
    • Jumlah keseluruhan bagi sepuloh (10) pemenang yang ditunaikan Hajat sebagai pemenang bulanan adalah berjumlah BND80,000 atau sebarang jumlah yang ditetapkan oleh BIBD dari masa ke semasa.
    • BIBD berhak membuat pilihan tambahan bagi menggantikan nama pemenang yang dianggap tidak layak memenangi mana-mana peringkat pemilihan atau pemenang tersebut tidak dapat dihubungi dengan berbagaibagai cara sekalipun.
  • Quarterly Wish Winners
    Pemenang Kisah Hajat Suku Tahunan
    • Kisah Hajat yang dihantar akan disenarai-pendek untuk disiarkan di laman web Hajat, oleh pentadbir Kempen sebagai pihak ke-3 yang dilantik atas budi bicara BIBD secara mutlak.
    • Pemilihan bagi pemenang suku-tahunan untuk Kempen Hajat ini akan diadakan pada minggu pertama dibulan seterusnya pada tempat yang akan ditetapkan dan dimaklumkan oleh pihak BIBD.
    • Penyampaian hadiah bagi Kisah Hajat yang terpilih akan diadakan pada minggu berikutnya (minggu kedua). Tarikh dan masa akan ditetapkan oleh BIBD.
    • Pemilihan suku-tahunan akan dijadualkan seperti berikut:

    • Hadiah Pemilihan Suku-Tahunan Jadual Penyampaian
      Pemilihan bulan Jun 2009 Julai 2009
      Pemilihan bulan September 2009 Oktober 2009
      Pemilihan bulan Disember 2009 Januari 2010
    • Satu (1) pemenang suku-tahunan bagi Kempen Hajat akan dipilih melalui kaedah yang akan ditetapkan oleh pihak Bank, dan akan disaksikan oleh pihak ke-3 yang akan dilantik atas budi-bicara BIBD secara mutlak.
    • Pemenang akan dihubungi melalui telefon dalam masa tempoh satu minggu selepas tarikh pemilihan. Senarai pemenang akan dimasukan ke dalam lamanweb Hajat atau lain-lain media atau cara yang difikirkan sesuai oleh BIBD.
    • Pemenang akan dijemput untuk menghadiri majlis pemyampaian hadiah itu nanti, di mana setiap pemenang akan diambil gambar. Setiap bahan yang digunakan di dalam Kempen ini boleh digunapakai oleh BIBD di dalam aktibiti pemasaran dan promosinya.
    • Jumlah keseluruhan bagi sepuloh (10) pemenang yang ditunaikan Hajat bagi setiap suku-tahunan adalah berjumlah BND80,000 dan seorang (1) pemenang akan ditunaikan Hajat yang berjumlah hingga BND100,000 atau sebarang jumlah yang ditetapkan oleh BIBD dari masa ke-semasa.
    • BIBD mempunyai hak khusus untuk menasihati pemenang kisah Hajat BND100,000, bagi memastikan nilai yang diterima akan dikawal-selia melalui perancangan kewangan yang teratur yang ditawarkan oleh BIBD dan bukan institusi kewangan lain.
  • Pemenang Kisah Hajat Utama
    • Kisah Hajat yang dihantar akan disenarai-pendek untuk disiarkan di laman web Hajat, oleh pihak ke-3 yang dilantik atas budi bicara BIBD secara mutlak.
    • Pemilihan bagi ”Grand Wish” Kempen Hajat ini akan diadakan di tempat dan masa yang akan ditetapkan dan diumumkan oleh pihak BIBD.
    • Penyampaian hadiah bagi “Grand Wish” akan diadakan di minggu kedua pada bulan Januari tahun seterusnya. Tarikh dan masa akan diumumkan melalui saluran rasmi yang akan ditetapkan oleh pihak BIBD.
    • Kriteria bagi pemilihan pemenang ”Grand Wish” adalah berdasarkan prosedur pemilihan bulanan dan sukutahunan. Hanya seorang (1) pemenang sahaja akan dipilih untuk memenangi ”Grand Wish” berjumlah BND1Juta, atau jumlah yang ditetapkan dan diumumkan oleh pihak BIBD dari masa ke semasa.
    • Pemenang Kisah Hajat bulanan masih berkelayakkan untuk menyertai peringkat ”Grand Wish“.
    • Pemenang akan dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah di mana setiap pemenang akan diambil gambar. Setiap bahan yang digunakan di dalam Kempen ini boleh digunapakai oleh BIBD di dalam aktiviti pemasaran dan promosinya.
    • Jumlah hadiah utama bagi sepuloh (10) pemenang yang ditunaikan Hajat yang berjumlah hingga BND80,000 , seorang (1) pemenang akan ditunaikan Hajat yang berjumlah hingga BND100,000 dan seorang (1) akan ditunaikan Hajat yang berjumlah hingga BND1juta, atau sebarang jumlah yang ditetapkan oleh BIBD dari masa ke-semasa.
    • BIBD mempunyai hak khusus untuk menasihati pemenang Kisah Hajat BND100,000 dan BND1 juta, bagi memastikan nilai yang diterima akan dikawal-selia melalui perancangan kewangan yang teratur yang ditawarkan oleh BIBD dan bukan institusi kewangan yang lain.
    • BIBD berhak membuat pilihan tambahan bagi menggantikan nama pemenang yang dianggap tidak layak memenangi mana-mana peringkat pemilihan atau pemenang tersebut tidak dapat dihubungi setelah berbagaibagai cara telah diusahakan.
  • Hajat Yang Ditunaikan
    • Sepuloh (10) kisah Hajat bulana, sebelas (11) kisah hajat setiap suku bulan dan dua belas (12) bagi hadiah utama di sepanjang Kempen Hajat ini, akan ditunaikan Hajat berdasarkan nilai kewangan yang ditetapkan oleh BIBD, atas kuasa mutlaknya.
    • Hajat keperluan yang tidak lulus Syariah tidak akan berkelayakan untuk ditunaikan melalui Kempen Hajat ini. Takrif tidak lulus adalah berdasarkan kenyataan dari Badan Penasihat Shariah BIBD. Hajat seperti keperluan bagi peralatan hiburan atau alat permainan tidak akan akan dipertimbangkan.
    • Sekiranya jumlah Hajat yang ditunaikan oleh BIBD bagi Kempen Hajat ini memberi lebihan dana berdasarkan jumlah yang ditetapkan kepada pemenang BND100,000 dan BND1 juta, maka jumlah lebihan tersebut akan disimpan ke dalam akaun penyertaan pemenang pada/dalam tempoh masa yang akan ditetapkan oleh pihak BIBD.
    • Mana-mana Hajat yang ditunaikan di dalam Kempen Hajat ini tidak boleh dipindah-milik atau ditukar-ganti. Hajat yang ditunaikan adalah berdasarkan Kisah Hajat yang dihantar oleh pemegang akaun melalui kaedah yang diterangkan dalam syarat dan peraturan ini.
    • Hadiah mestilah dituntut oleh pemenang itu sendiri dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pengumuman atau mana-mana tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak BIBD dan pemenang.
    • Bagi sebarang hadiah atau Hajat yang tidak dituntut dalam tempoh yang telah ditetapkan dan diumumkan oleh BIBD, maka hadiah atau Hajat tersebut akan dibatalkan.
    • Bagi mana-mana pemenang yang telah dibatalkan tuntutan hadiahnya, maka pemegang akaun tidak berhak kepada sebarang pembayaran atau gantirugi dari BIBD.
    • BIBD tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau memberi jaminan yang berkaitan dengan hadiah-hadiah atau Hajat-Hajat yang ditunaikan.
    • BIBD berhak untuk membatalkan, menukarkan, atau menggantikan hadiah pemenang dengan hadiah yang berlainanan atau hadiah yang mempunyai nilai serupa tanpa memberi notis atau penjelasan pada bila-bila masa sepanjang Kempen.
  • Syarat-syarat Umum
    • Pelanggan tidak akan layak untuk memenangi hadiah dalam Kempen Hajat ini jika pelanggan didapati melanggar syarat dan peraturan akaun atau pembiayaan atau mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan BIBD atau tidak lagi menjadi pelanggan BIBD pada masa penyerahan hadiah.

    • Keputusan BIBD berhubung dengan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan pemilihan pemenang Kempen Hajat adalah muktamad. BIBD tidak mempunyai keperluan untuk melayan sebarang pertanyaan dan memberi penjelasan kepada pelanggan atau sesiapa sahaja mengenai Kempen Hajat ini.
    • BIBD tidak akan bertanggung jawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang berkaitan dengan Kempen Hajat termasuk tiada had, bagi sebarang transaksi yang lewat untuk diproses, tidak tepat, sebarang kerosakan bagi sistem atau peralatan.
    • Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak selari di antara syarat dan peraturan dan risalah pemasaran atau promosi bagi Kempen Hajat ini, syarat dan peraturan ini akan kekal sebagai rujukan utama.
    • BIBD berhak pada bila-bila masa, atas kuasa mutlaknya, tanpa memberi sebarang notis atau penjelasan, untuk memotong, menambah, mengubah atau menukar sebarang syarat dan peraturan ini. Dalam pada itu, BIBD juga berhak dengan kuasa mutlaknya untuk menamatkan Kempen Hajat ini tanpa sebarang tanggungan ke atasnya (samada yang diakru atau tidak).
    • Segala keputusan pihak BIBD berhubung dengan Kempen Hajat ini adalah muktamad.
    • Pemegang akaun yang menyertai Kempen Hajat bersetuju bahawa data-data peribadi termasuk tapi tidak terhad kepada nama, nombor telefon dan alamat emel, akan dikumpulkan, diproses, disimpan dan digunapakai untuk menyelenggarakan Kempen Hajat ini. Data-data ini akan dipindah kepada pihak ke-3 dalam peri yang tidak akan bertentangan dengan privasi dan hak pelanggan. Data ini juga akan digunapakai oleh pihak BIBD dan Pentadbir Kempen bagi mengenalpasti identiti, alamat dan nombor telefon sekiranya peserta layak untuk memenangi sebarang Hajat, dan seterusnya bagi pihak BIBD untuk memaklumkan dan menyampaikan hadiah yang dihajati. Jika sekiranya peserta Kempen Hajat tidak memberi maklumat lengkap samada melalui lamanweb Kempen Hajat atau poskad Hajat, maka peserta adalah dikira tidak layak bagi sebarang hadiah atau Hajat untuk ditunaikan. Semua maklumat yang diberi akan digunakan bagi pentadbiran Kempen Hajat.
    • Dengan penerimaan hadiah, Perserta Kempen Hajat membolehkan pihak BIBD dan agensi berkenaan menggunakan nama dan/atau eumpamanya dan juga penyertaan Kempen Hajat peserta untuk digunakan dalam pengiklanan dan promosi tanpa memberi sebarang imbuhan tambahan kecuali ianya menyalahi undang undang.