Dasar Privasi

Kami maklum bahawa privasi awda sangat penting. Dasar privasi ini juga digunakan untuk Promosi Hajat. Sekiranya awda mempunyai soalan berhubung dengan Dasar Privasi ini, harap hubungi kami menerusi lelaman kami.

Pengambilan Maklumat Peribadi. Para Pembuat Hajat setuju bahawa data peribadi termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, nombor telefon dan alamat e-mail, boleh diambil, diproses, disimpan dan digunakan untuk tujuan menganjurkan dan menguruskan Promosi Hajat. Data ini boleh dipindahkan ke Singapura. Selanjutnya, data tersebut juga boleh digunakan oleh BIBD dan Pentadbir promosi untuk mengesahkan identity Pembuat Hajat, alamat pos dan nombor telefon sekiranya Pembuat Hajat layak mendapat apa saja hadiah dan bagi tujuan pengiriman hadiah/hadiah-hadiah) tersebut. Sekiranya Pembuat Hajat tidak memberikan data yang diperlukan bila diminta berbuat demikian, penyertaan Pembuat Hajat tidak akan diterima untuk sebarang hadiah. Semua maklumat yang diberikan akan digunakan semata-mata bagi tujuan menguruskan Promosi Hajat.

Kami tidak akan memenuhi sebarang permintaan tanpa diminta mengenai maklumat pelanggan, melalui e-mail atau telefon, melainkan pelanggan sendiri menghubungi kami. Kami akan berusaha menggunakan seberapa minima, maklumat-maklumat yang diberikan oleh pelanggan, kebanyakannya untuk membantu kami membentuk dan memberikan khidmat-khidmat serta produk-produk yang sesuai dengan kehendak pelanggan. Kami tidak akan walau dalam keadaan yang bagaimana pun, meminta pelanggan mendedahkan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) atau Kata Laluan (Passwords).

Penggunaan Maklumat Pelanggan. Dengan menerima hadiah, bermakna Pembuat Hajat telah membenarkan BIBD dan agensi-agensinya, untuk menggunakan nama dan/atau yang seumpamanya dan Kisah-Hajat untuk tujuan-tujuan pengiklanan dan promosi tanpa menuntut sebarang bayaran tambahan, melainkan ditegah oleh undang-undang. Selain daripada itu, kami juga berhak menggunakan maklumat kontak awda untuk memasarkan kepada awda, dan memberikan awda maklumat mengenai produk-produk serta khidmat-khidmat kami. Melainkan atas persetujuan pelanggan atau dikehendaki oleh undang-undang, kami tidak akan mendedahkan maklumat tentang pelanggan kepada pihak-pihak luar.

Pengendalian Maklumat Pelanggan. Kami telah menetapkan satu piawaian yang ketat untuk melindungi semua maklumat pelanggan kami.

Pematuhan Pihak Luaran. Pihak-pihak luaran yang, semasa menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan kepada kami, berkemungkinan menembusi maklumat tentang pelanggan kami, dikehendaki mematuhi piawaian privasi kami.