Satu Gambaran

Beritahu kami Hajat awda dan kami akan menjadikannya kenyataan

Sama ada ia rumah untuk anda kongsi dengan mereka yang awda kasihi, bercuti bersama orang-orang kesayangan awda atau sekadar sebuah komputer baru, tidak ada Hajat yang terlalu besar atau kecil. Setiap Hajat adalah istimewa untuk awda dan kepada kami, dan kami di sini sedia membantu awda menjadikannya kenyataan, tanpa mengira apakah Hajat yang dimaksudkan itu.

Dapatkan Baucer-Hajat beserta satu Kod-Hajat untuk setiap BND500 yang awda simpan dalam Akaun Semasa/Simpanan.

Hantarkan Hajat awda sama ada secara online menggunakan Kod-Hajat atau hantarkan secara bertulis ke mana-mana cawangan BIBD atau menerusi Kiosk-Hajat di cawangan-cawangan kami.

Kekalkan sekurang-kurangnya BND2,000 agar awda layak menjadi Pembuat Hajat BIBD yang akan melihat hajatnya tercapai setiap bulan.