Zelzy Shahar Al-Johary
Click to nominate me!
Nominee Code: 08
"...I have been saving a little everyday for a long time, to provide for old age. What I have been through pushes me to always remember others."
Zelzy wishes to send his family to perform hajj and organise essay-writing competitions among students.
Zelzy have many wishes; he wishes to send his mother and adoptive parents to perform obligatory hajj, and building a simple house for his mother. He also wishes to give alms to orphans, so that they can purchase school supplies, and vowed to donate money to the disabilities association, KACA.
Zelzy hopes to see Bruneian students collaborate with those in other countries. He wishes to organise essay writing competitions for students in secondary schools, on economic, social, political and technological, and youth issues like drug abuse. Through the competitions, he hopes that the students can increase their general knowledge and experience, as well as be led towards better visions.
Because of his past family experience, he has always strived to learn and improve himself until he attained success. He believes that helping others towards success is part of fostering brotherhood in Islam.
Continue to read Zelzy's story in full...
Yang Mulia Jawatankuasa Pemilihan,
Alhamdulilah, saya mengucapkan tahniah kepada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) kerana berkempen mendidik rakyat Brunei Darussalam untuk menabung. Hadiah yang diberikan alhamdulilah dapat menarik perhatian orang ramai untuk menabung. Saya menabung sejak sekian lama dengan bank Tabung Amanah Islam Brunei sekaligus membuka insuran keluarga. la bukanlah 'satu pertandingan menulis esei' tetapi lebih berbentuk kepada melihat apakah niat ikhlas yang hendak dibuat oleh pemenang apabila terpilih memenangi hadiah yang ditawarkan oleh BIBD ini. Maka dengan itu saya perlu menabung walau pun tidak banyak tetapi sekurang-kurang ia seperti perumpamaan menabung sedikit-sedikit lama-lama ia akan dapat sebagai bekal dihari tua nanti.
Peluang yang di berikan oleh BIBD untuk memenangi "Kirimkan Hajat Awda' sebenarnya jika saya terpilih dijadikan sebagai contoh kepada anak-anak betapa pentingnya menabung. la akan menjadi ikutan anak-anak dikemudian hari nanti. Hadiah yang berupa wang itu adalah sebenarnya rezeki Allah kepada umatnya.
Jika hajat saya tercapai. lnsan Allah yang saya akan hadiahkan ialah EMAK saya. Emak saya melalui kehidupan yang menyedihkan dalam sejarah kehidupan beliau sebagai hamba Allah. Emak membesarkan saya dan adek dalam keadaan serba kekurangan setelah allahyarham bapa saya menceraikan emak dan membawa lari abang sulung saya yang ketika itu saya baru berusia 2 tahun. Emak saya nyaris membunuh diri gara-gara abang saya dilarikan oleh arwah bapa saya. Dalam keadaan hidup yang serba kekurangan emak saya terpaksa berkorban memberikan saya kepada jiran yang kebetulan juga saudara jauh emak saya. Sungguhpun demikian ibu terpaksa bekerja keras sambil membuat kuih. Saya yang kecil dalam usia 4 tahun hinggalah ke tingkatan 5 terpaksa membantu ibu saya menjual kuih untuk menyara hidup kami.
Pertama kali emak, saya dan adek saya berjumpa abang kandung saya setelah 28 tabun kemudian ketika bapa saya meninggal dunia. Pada ketika itu lah juga saya baru berjumpa abang saya. Saya dan adek merasa asing kerana tidak pemah berjumpa beliau hanya mendengar cerita dari emak saya. Kehidupan yang susah menyebabkan saya belajar dengan bersungguh-sungguh sehinggalah saya berjaya kemenara gading kerana kehidupan kami yang susah. Saya menggunakan wang yang emak saya simpan sekian lama digunakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master di United Kingdom. Tidak ada hari yang mengembirakan melainkan membalas pengorbanan emak saya dengan membawa segulung ijazah untuk dipersembahkan kepada beliau. Ketika arwah bapa saya sakit tenat saya tidak mahu melawat beliau kerana dendam yang tersemat dari kecil lagi kerana meninggalkan kami sekeluarga dan membawa lari abang saya ke Singapura. Tetapi sekali lagi emak saya seorang insan Allah yang sabar, tabah dan cekal memujuk saya untuk melawat arwah bapa saya. Saya akur dengan perintah emak saya tanpa rnembantah. Saya tidak akan membantah kata-kata emak kerana sentiasa ingat akan keperitan hidup yang beliau lalui. Akhirnya saya melawat dan menjaga bapa saya hinggalah keakhir hayatnya. Sehingga kini hanya dua kali saya bersemuka dengan abang saya yang kini menjadi warganegara Australia. Atas didikan emak dan orang yang mengasuh saya maka saya menyedari akan betapa kehidupan ini perlu dihargai sambil beramal. Jika saya memenangi hadiah ini saya berhajat untuk menghantar emak dan bapa angkat saya menunaikan haji ke Mekah. Mendirikan rumah sedarhana untuk emak saya sebagai hadiah saya kepada emak yang dikasihi.
Kehidupan yang saya lalui mendorong saya untuk sentiasa beringat-ingat akan kehidupan orang lain. Amalan bersedekah sentiasa mendapat perhatian Allah Subahanahu Wata'ala yang memberi rezeki kepada sesiapa yang dikhendakiNya, sebagaimana firmanNya dalam Surah Saba' ayat 39 yang kira-kira tafsirnya. "Dan barang apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah Subahanahu Wata'ala akan menggantikannya dan Dialah yang memberi rezeki yang sebaik-baiknya. Dengan memberi bantuan ia dapat menggelakkan diri sendiri dan sebaliknya dapat rnengeratkan persaudaraan dalam Islam, menghulurkan bantuan sama ada ia kecil mahupun kecil. Jika saya terpilih saya BERNAZAR untuk mendermakan wang kemenangan itu nanti kepada persatuan orang-orang kurang upaya (KACA). Dengan itu sedikit sebanyak membantu persatuan KACA dalam menjalankan kerja-kerja amal dan riadah kepada ahli-ahlinya. Saya juga akan menderma kepada anak-anak yatim disekolah-sekolah rendah melalui di Kementerian Pendidikan seperti yang pernah saya lakukan sebelumnya. Satu kepuasan hati jika amalan-amalan yang dilakukan kerana Allah SWT. Bersedekah kepada anak-anak yatim di sekolah-sekolah rendah dan menengah melalui Kementerian Pendidikan. Bagi membolehkan mereka membeli barang-barang peralatan sekolah. Sekurang-kurangnya saya mengurangkan beban kepada anak-anak yatim yang kehilangan sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali. Amal zuriat yang saya lakukan ini nanti akan bertiti pahalanya dari pegawai-pegawai yang menganjurkan "Kirimkan Hajat Awda". Begitu juga kepada ahli jawatan kuasa yang ikut sama dalam permilihan ini nanti.
Saya berhajat untuk mendermakan wang tersebut sama ada kepada Kementerian Pendidikan atau Kementerian Belia dan Sukan bagi membolehkan mereka menggadakan menulis esei di kalangan pelajar-pelajar yang menuntut di Institusi Tertinggi dan Menengah mengenai masalah-masalah sosial dikalangan remaja dan penyalahgunaan dadah. Kesedihan kepada rakyat Negara Brunei Darussalam yang ditangkap diluar negeri seperti China, Chile dan Australia kerana di jinakkan oleh sindiket-sindiket dadah antarabangsa dengan wang ringgit. Kempen besar-besaran perlu di adakan dan dilakukan oleh Pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan mengenai masalah dadah yang melibatkan warga Negara Brunei Darussalam ini yang tidak pemah berlaku sebelumnya. Kita sama-sama memainkan peranan penting dalam pemantauan aktiviti anak-anak dan belia-belia kita dari terjurumus kelembah yang sesat dengan masalah sosial dan gejala dadah. Selain itu, pihak sekolah juga berperanan dalam memberi kesedaran pada pelajar serta mengawasi mereka dari terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan gejala sosial. Oleh itu, pihak individu (saya) jika terpilih memenangi "Kirimkan Hajat Awda" akan mendermakan wang tersebut kepada pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan untuk menjalankan kempen ini secara besar-besaran. Saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menggunakan wang tersebut dalam mengendalikan pelbagai kempen mengenai keburukkan penyalahgunaan dadah agar Negara Brunei Darussalam dapat menyelamatkan belia-belia kita dari terjurumus kelembah dadah dan sosial yang akan membantutkan melahirkan insan kelas pertama. Kita mahu melihat Negara Brunei Darussalam bertambah maju dan mampu berganding dengan negara lain dari segi ekonomi, sosial, politik dan teknologi. Oleh itu, jauhilah dadah sebelum menjadi parah. Dengan kesedaran menulis esei atau aktiviti yang sihat seperti mengadakan sukan hari keluarga akan memberikan peluang kepada keluarga dan para pelajar bersatu dalam memerangi dadah dan masalah sosial. Sekaligus kita memberikan mereka peluang untuk belajar, meninggikan ilmu, menambah kemahiran dan pengalaman dalam menyediakan belia dan pelajar kesatu wawasan yang Iebih sempurna. Kita tidak perlu menunggu kerajaan mengeluarkan wang untuk mengadakan kempen-kempen melalui penulisan esei dan aktiviti lain. Sebagai warga Brunei Darussalam saya rasa pihak individu juga bertanggungjawab kearah itu. Pendidikan merupakan aset yang utama dalam setiap individu. Jika kita lihat sekeliling kita pada waktu ini, setiap ibu bapa mempunyai impian untuk memiliki anak-anak yang berpendidikan tinggi kerana ia boleh menjamin masa depan yang cerah dikemudian hari. Malah bukan sahaja ibu bapa, akan tetapi pihak kerajaan juga ingin melihat rakyatnya menjauhi dadah yang durjana dan masalah sosial agar pelajar dan belia harapan bangsa ini akan mempunyai pendidikan yang berguna untuk membantu membangunkan Negara Brunei Darussalam.
Sekian Terima Kasih.
Wassalam


