Hj Jali bin Hj Nudin

Click to nominate me!
Nominee Code: 07

"If my wish is granted, my loved ones and the residents of Kampung Katok & Tungku in particular, as well as the general public, will benefit."

Hj Jali wishes to build a bridge between the Islamic cemetery of Kandis island with Islamic cemetery at Sengkurong island, Kg. Mata-Mata in Mukim Gadong "B".

To work towards achieving his wish of building a bridge, he has worked with specific parties. With permission from the Ministry of Home Affairs, he informed the involved villages about the collection towards the building costs. To raise funds, he conducted house-to-house collections and search for capable sponsors or donors.

He took part in the BIBD Wish Campaign in hopes of attaining sponsorship for the bridge-building.

Continue to read Hj Jali's story in full...

 

HAJAT UNTUK MEMBUAT TITIAN DIANTARA PERKUBURAN ISLAM PULAU KANDIS DENGAN PERKUBURAN ISLAM PULAU SENGKURONG, KG. MATA-MATA, MUKIM GADONG ‘B’

Keadaan kewangan saya sekarang - Saya mempunyai seorang Isteri dan 5 orang anak yang kesemuanya masih lagi dibangku sekolah. Perbelanjaan sekeluarga dari sebulan ke sebulan ditanggung sepenuhnya oleh saya sendiri dan gaji saya tidak mempunyai banyak wang lebihan untuk disimpan setiap bulan. Gaji saya habis kepada perbelanjaan keperluan harian seperti makanan, membayar bill-bill (letrik, air, astro, talipon dan internet), hutang rumah, hutang kereta, kredit kad, minyak kereta, service kereta, membaiki kereta, roadtax dan sebagainya. Perkara ini menyebabkan baki gaji saya disetiap bulan sentiasa dibawah $500. 

Aspek hidup saya yang mana satukah yang perlukan bantuan? - Saya pasti aspek kedudukan kewangan saya seperti yang diterangkan diatas perlu bantuan dan perancangan yang rapi supaya simpanan bulanan dapat dibuat dan seterusnya untuk menjamin masa hadapan keluarga saya.

Peranan simpanan dalam mengubah kehidupan saya: Bagaimana simpanan boleh mengubah kehidupan saya sekarang? - Memandangkan kepada perkara diatas dan dengan adanya “Wish Campaign BIBD” ini, ianya membuka minda saya untuk memulakan menabong.  Dengan cara menabong saya pasti keperluan kewangan dimasa hadapan akan lebih terjamin dan dengan adanya simpanan ini ianya akan membimbing saya supaya sentiasa berhati-hati dalam berbelanja serta berjimat cermat, seperti membeli barang yang benar-benar perlu sahaja. Berbanding dengan masa-masa yang lalu, sekurang-kurangnya sekarang saya ada mempunyai simpanan tetap, ada matlamat untuk dicapai dan ada hajat.

Adakah Hajat saya boleh dikekalkan? - Saya yakin hajat saya diatas dapat dikekalkan jika ada sumber kewangannya. Beberapa kaedah perlu diusahakan untuk mengumpul kewangan yang diperlukan tersebut.

Apakah yang akan saya usahakan untuk mencapai Hajat saya? - Untuk mencapai hajat saya diatas, saya akan mengunakan salah satu atau beberapa kaedah seperti berikut;

  1. Bekerjasama dengan pihak Ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK),
  2. Menyediakan tabung khas dengan memohon kebenaran daripada pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
  3. Membuat surat keliling bagi makluman kepada orang-orang kampung tentang kutipan,
  4. Mengadakan kutipan dari rumah ke rumah,
  5. Mencari penaja atau para penderma yang berkemampuan, dan
  6. Mengikuti “Wish Campaign BIBD”.

Keterlibatan Hajat : Adakah apa yang saya hajatkan itu akan merangkumi orang-orang yang saya kasihi atau orang lain? - Jika sekiranya hajat saya ini terkabul, orang-orang yang saya kasihi dan penduduk-penduduk Kampung Tungku & Kampung Katok khasnya dan orang awam umumnya akan mendapat faedahnya.

Saya akan menyumbangkan 50% daripada keberuntungan “hajat” ini (sekiranya dapat) bagi membuat titian/jembatan diantara Kawasan Perkuburan Islam Pulau Kandis dengan Kawasan Perkuburan Islam Pulau Sengkurong dan keperluan lain seperti membisaikan pondok termasuk pembinaan pagar disekeliling (tertakluk kepada kecukupannya),dan selebihnya untuk membisaikan rumah saya dan kawasannya. Untuk makluman bersama, Kawasan Perkuburan Pulau Kandis masih lagi aktif (digunakan) khusus bagi pengkebumian penduduk Kg. Tungku dan Kg. Katok yang meninggal dunia, manakala Kawasan Perkuburan Islam Pulau Sengkurong tidak aktif disebabkan masaalah menyeberang sungai.  Walaubagaimana pun, ramai diantara ahli keluarga penghungi Kg. Tungku dan Kg. Katok yang telah dikebumikan di Kawasan Perkuburan Islam Pulau Sengkurong, dan sentiasa dikunjungi untuk majlis tahlil dan sebagainya. Apa yang diperlukan pada masa ini ialah seperti berikut;

  1. Membuat titian atau jembatan bagi menyeberangi sungai yang melintasi diantara dua kawasan perkuburan ini,
  2. Membaiki jalan kaki (walkway) diantara 2 perkuburan,
  3. Membina Pagar baru disekeliling kedua kawasan perkuburan untuk mengelakkan anjing-anjing liar masuk kekawasan perkuburan, dan
  4. Kelengkapan lain seperti pembinaan pondok dan sebagainya.  

Apabila ada jalan dan titian nanti, orang kampung akan lebih selesa dalam pengurusan menjirahi kubur-kubur berkenaan.  Tapak Perkuburan Islam Pulau Kandis dan Pulau Sengkurong, terletak di Simpang 185-82, Jalan Kampung Tungku – Mata-Mata (masuk Simpang 185, Jalan Tungku).

 

Back to Top