Pg Dr Rahmah Pg Jadid
Click to nominate me!
Nominee Code: 11
"Berzikir is one activity that is required for all nurses to defend themselves and for members to strengthen and safeguard their health."
Pg Dr Rahmah’s aspiration is to establish the Darusysiyfa Warrafahah building.
There was great public support and interest in the Darusysiyfa Warrafahah organisation. Many believe in its potential to contribute to medical innovation and approve of its support of Islamic medical practice.
Having a new building will add to the space needed for research and development and medical treatments. Pg Dr Rahmah have also wrote a detailed proposal on how this money will be used in the building.
Continue to read Pg Dr Rahmah's story in full...
Hajat untuk mendirikan bangunan darusysiyfa warrafahah...
20hb. Zulhijjah, 1430
7hb. December, 2009
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
HAJAT UNTUK MENDIRIKAN BANGUNAN DARUSYSIYFA WARRAFAHAH
Saya adalah seorang ahli pengasas sebuah persatuan perubatan Islam yang bernama Darusysyifa Warrafahah yang didaftarkan sebagai sebuah persatuan yang sah disisi undang-undang di Negara Brunei Darussalam mulai 2007. Saya berhajat supaya persatuan perubatan Islam, Darusysyifa Warrafahah ini berfungsi dengan sempurnanya di bangunannya sendiri yang didirikan di atas tanahnya sendiri. Bangunan itu akan memudahkan Darusysyifa Warrafahah berfungsi dengan berkesan dan efisyen. Kemudahannya yang lengkap dan sempurna akan menjadikan Darusysyifa Warrafahah satu pusat yang canggih dan unggul dalam bidang perubatan Islam dan penyelidikannya di rantau Asia.
Berdasarkan matalamat dan objektif persatuan berkenaan ditubuhkan, bangunan itu hendaklah mempunyai kemudahan-kemudahan berikut:
(1) Pusat (klinik) rawatan
(2) Pusat Penyelidikan & Perkembangan (R&D)
(3) Perpusatakaan
(4) Pusat Latihan
(5) Dewan serbaguna
(6) Penginapan Pensyarah / guru / perawat / penyelidik
(7) Taman / Kebun bahan perubatan
(8) Pejabat Am
(9) Kawasan letak kereta
(10) Surau
PUSAT RAWATAN (KLINIK)
Klinik ini memberi khidmat rawatan percuma kepada orang yang memerlukan rawatan sama ada orang Islam atau bukan Islam. Klinik ini mengandung bahagian-bahagian berikut yang lengkap dengan sistem komputernya dan keselesaan hawa dingin:
(a) Bilik-bilik rawatan sekurang-kurangnya lima (5) bilik (rawatan rohani dan jasmani).
(b) Ruang menerima pesakit untuk menunggu giliran rawatan.
(c) Bilik kecemasan bagi kes-kes berat (histeria, kerasukan, santau dsb).
(d) Dispensari atau bilik ubat (bagi mendapatkan bahan rawatan seperti majum, madu, air yang didoakan, alat perubatan, dsb).
(e) Bilik kaunselling bagi memberi khidmat yang diperlukan.
(f) Bilik air (toilet) bagi orang lelaki dan perempuan.
PUSAT PENYELIDIKAN & PERKEMBANGAN [RESEARCH & DEVELOPMENT, (R &D)]
Pusat ini untuk membuat penyelidikan bagi mendalami ilmu dan pengetahuan mengenai perubatan Islam contohnya (1) R & D perubatan Rasullulah (2) R & D bahan perubatan hasil bumi (air, tumbuh-tumbuhan, madu, dsb.). Pusat ini mengandungi bahagian-bahagian berikut yang lengkap dengan sistem komputernya dan keselesaan hawa dingin:
(a) Bilik-bilik pejabat penyelidik 5 bilik.
(b) Makmal lengkap dengan kemudahan seperti sinki, meja, kerusi bagi memuatkan 4 orang penyelidik untuk menyelidik tumbuh-tumbuhan (dari pokok contohnya batang, daun, akar, bunga, buah dari pokok tertentu dan dari herba) bagi dibuat ubat.
(c) Makmal lengkap dengan kemudahan seperti sinki, meja, kerusi bagi memuatkan 4 orang membuat pelbagai jenis majum.
(d) Makmal lengkap dengan kemudahan seperti sinki, meja, kerusi bagi memuatkan 4 orang bagi menyediakan alat perubatan contohnya alat perubatan resdong, bekam, dsb.)
(e) Bilik air (toilet) bagi orang lelaki dan perempuan.
PERPUSTAKAAN
Darusysyifa Warrafahah perlu mempunyai perpustakaan penyelidikan perubatan Islam/alternatif, lengkap dengan sistem komputer bagi pengurusan dan laman webnya, serta cukup dengan rak-rak buku, perabut lainnya, keselesaan hawa dingin dan sebagainya. Mempunyai:
(a) Rak-rak buku-buku rujukan mengenai/berkaitan dengan perubatan Islam/alternatif (50 ribu), tersusun mengikut kategorinya termasuk koleksi manuskrip dan sebagainya.
(b) Ruang mutalaah (50 orang pengguna).
(c) Kaunter sirkulasi bagi tiga (3) orang petugas untuk menerima pertanyaan, meminjam dan memulangkan buku.
(d) Bilik-bilik sindiket (5 orang tiap-tiap satu).
(e) Bilik atau ruang internet.
(f) Satu (1) buah bilik bagi menepatkan ‘special collection’ untuk menyimpan manuskrip lama, thesis, disertasi dan hasil penyelidikan.
(g) Satu (1) buah bilik penyalin dokumen (production) untuk membuat photokopi, mencetak ‘flyer’, mencetak bahan kursus, seminar, forum, dsb.
(h) Satu buah bilik Multi media bagi tayangan video untuk tontonan seramai 50 orang.
(i) Bilik air (toilet) bagi orang lelaki dan perempuan.
PUSAT LATIHAN
Pusat ini adalah untuk membolehkan Darusysyifa Warrafahah mengendalikan latihan dan kursus bagi bakal perawat dan meningkatkan ilmu pengetahuan bagi perawat yang telah bertauliah. Bilik-bilik latihan yang diperlukan lengkap dengan keselesaan hawa digin dan alat latihan seperti komputer, LCD, skreen, ‘white board’, sistem pembesar suara yang mempunyai (microphone) berdiri (4 biji) dan ‘wireless microphone’ (3) dan rakaman audio dan video. Pusat latihan mengandungi perkara-perkara berikut:
(a) Bilik latihan besar satu (1) buah yang boleh memuatkan 200 peserta, mempunyai satu collapsible partition yang boleh menjadikan bilik berkenaan dua (2) bilik latihan yang memuatkan tiap-tiap satunya 100 orang.
(b) Bilik latihan sedang besar (medium) satu buah bagi memuatkan 50-100 orang peserta.
(c) Bilik sindiket yang mempunyai 3 collapsable partition menjadikan 4 buah bilik sindiket bagi memuatkan 30 orang peserta bagi setiap bilik.
(d) Ruang legar yang besar bagi pendaftaran dan jamuan (minum dan makan bagi 200 peserta semasa menjalani latihan).
(e) Bilik air (toilet) bagi orang lelaki dan perempuan.
DEWAN SERBAGUNA
Dewan yang berhawa dingin dan ‘sound proof system with no echo’ dan lengkap dengan pentas dan kelengkapan pentas (‘curtain’, lampu pentas, dan ‘drop-down screen’). Dewan ini yang boleh memuatkan 1000 orang diperlukan bagi aktiviti seperti berikut:
(a) Majlis perasmian, pelancaran produk, pengijazahan, aktiviti yang bersempena seperti majlis meraikan hari-hari besar Islam, dsb.
(b) Syarahan, ceramah, forum, symposium, program dakwah, dan sebagainya yang dibukakan kepada orang ramai.
(c) Majlis / acara / aktiviti ahli Darusysyifa Warrafahah yang lazimnya dilakukan secara tetap dan beramai-ramai, contohnya sembahyang berjemaah, berzikir, dsb.
(d) Mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan ramai ahli seperti mesyuarat agung.
(e) Pameran.
(f) Kerusi bagi 1000 orang
Juga diperlukan bilik-bilik atau ruang tersebut:
(g) Stor bagi menyimpan 1000 buah kerusi.
(h) Sebuah bilik ‘Waiting room’ yang berhawa dingin bagi tetamu kehormat.
(i) Sebuah bilik jamuan bagi 50 orang bagi Tetamu Kehormat dan jemputan khas.
(j) Bilik air (toilet) bagi orang lelaki dan perempuan bersama pencucui tangan (muat bagi lima orang perempuan dan 5 orang lelaki).
PENGINAPAN PENSYARAH/ PERAWAT/ PENYELIDIK/ PAKAR RUJUK (CONSULTANT)
Pensyarah/ perawat/ penyelidik/ pakar rujukan yang di datangkan dari luar negeri memerlukan tempat penginapan. Sebuah rumah yang selesa berhawa dingin yang mengandungi:
(a) Dua belas (12) buah bilik tidur ‘en suite’ (lengkap dengan bilik air dan pencucui tangan).
(b) Satu (1) buah bilik dapur.
(c) Satu (1) buah bilik makan.
(d) Satu (1) buah bilik menerima tetamu.
(e) Satu buah bilik bagi ‘care taker’ lengkap dengan bilik air serta pencucui tangan dan dapur sendiri.
TAMAN / KEBUN BAHAN PERUBATAN
Darusysyifa Warrafahah perlu mempunyai sebuah taman / kebun seluas satu ekar bagi menanam pelbagai jenis pokok dan herba dan sebuah kolam bagi memelihara hidupan dalam air seperti pelbagai jenis ikan (contohnya ikan dalak/haruan) yang mempunyai nilai-nilai perubatan untuk kegunaan:
(a) Rawatan menggunakan akar / batang / daun / bunga / buah.
(b) Penyelidikan herba.
(c) Penciptaan ubat dan sebagainya.
(d) Penyelidikan dan perkembangan bahan rawatan.
PEJABAT AM
Pejabat am, bilik perkeranian, bilik logistik dan bilik-bilik persidangan yang selesa berhawa dingin dan lengkap dengan kerusi meja bagi kegunaan pegawai-pegawai pentadbir dan kakitangan Darusysyifa Warrafahah yang mengandungi:
(a) Pejabat Penasihat.
(b) Pejabat Yang DiPertua.
(c) Pejabat Timbalan Yang DiPertua (2).
(d) Pejabat Setiausaha
(e) Pejabat Timbalan Setiausaha (2)
(f) Pejabat Bendahari
(g) Pejabat Timbalan Bendahari (2)
(h) Pejabat pekeranian ‘open concept’ yang memuatkan 4 orang (kerani dan pembantu dan mesin-mesin seperti ‘printers’, photocopi mesin, dsb.
(i) Bilik stor (3: Logistik pentadbiran, logistik rawatan dan logistik pemeliharaan bangunan)
(j) Bilik menerima tetamu.
(k) 3 bilik persidangan (12 orang, 25 orang dan 40 orang)
(l) Bilik air (toilet) dan tempat mencucui tangan bagi orang lelaki dan perempuan.
KAWASAN LETAK KERETA
Darusyssyifa Warrafahah perlu mempunyai kawasan letak kerita yang boleh memuatkan sebanyak 100 buah kereta untuk aktiviti-aktivi berikut:
a) Kursus bagi ahli / yang dibuka kepada penyertaan orang ramai.
b) Orang ramai yang memerlukan rawatan.
c) Mesyuarat-mesyuarat ahli / pihak-pihak luar.
d) Majlis-majlis yang melibatkan ahli / orang ramai.
e) Majlis-majlis syarahan, ceramah, seminar, simposium dan sebagainya.
10. SURAU
Surau lengkap dengan kemudahan berwuduk bagi orang perempuan dan lelaki untuk kemudahan: (a) kakitangan dan pekerja Darusysyifa Warrafahah, (b) kegunaan pesakit dan orang ramai yang mendapat rawatan, dan (c) ahli-ahli Darusysyifa Warrafahah dengan kegiatan-kegiatan beramal, tasmi’, dan amalan berjemaah Maghrib dan Isya’ .
PENDORONG HAJAT
Yang mendorong saya berhajat supaya Darusysyifa Warrafahah mempunyai bangunannya sendiri di tanahnya sendiri dengan kemudahan-kemudahan yang disebutkan di atas ialah semangat ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir dan ahli-ahli Darusysyifa Warrafahah berjumlah, sehingga awal tahun 2009, ialah seramai 226 orang, dimana mereka berazam untuk benar-benar menyumbang kepada pencapaian objektif Darusysyifa Warrafahah ditubuhkan. Semangat itu diterjemahkan mereka dalam bentuk minat dan komitmen datang beramai-ramai apabila ada aktiviti Darusysyifa Warrafahah dan yang menonjol sekali ialah keramaian ahli yang menghadiri kursus untuk layak mendapat ijazah daripada Tuan Guru. Seramai 165 orang, iaitu tiga perempat dari keselurohan keramaian ahli, mendaftar untuk ikut berkursus. Walaupun kursus tersebut intensif dan sesinya melibatkan waktu malam dan hujung minggu yang selalunya orang sangat sibuk (Jumaat, Sabtu dan pagi minggu bagi mencukupkan 10 jam per sesi) kehadiran perserta hampir penuh setiap sesi. Semasa kursus berjalan banyak soaljawab yang diajukan oleh peserta dan penerangan yang diberikan oleh Guru / Pakar. Tidak semua peserta kursus berminat untuk menjadi perawat profesional, kebanyakan orang menyertai kursus untuk mahu belajar dan mendapat ijazah bagi menjaga kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga sahaja. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi perawat, mereka berazam pula untuk menjadi perawat yang mahir di dalam bidang rawatan – rawatan kerasukan, rawatan penyakit-penyakit kronik, rawatan penyakit rumahtangga dan sebagainya.
Hajat saya juga didorong oleh sambutan orang ramai kepada Darusysysifa Warrafahah. Setiap kali diadakan program rawatan diadakan di rumah Darusysyifa Warrafahah dengan mendatangkan perawat daripada Malaysia (sengaja didatangkan kerana ahli-ahli belum mendapat pengijazahan perawatan), banyak pesakit dan orang ramai datang walaupun tanpa ada publisiti (hanya melalui sms ahli dan kawan-kawan) sehingga ruang tamu rumah dijadikan pusat rawatan pada masa ini tidak mencukupi. Di antara orang ramai yang datang ada berminat untuk menjadi ahli dan untuk mendapatkan maklumat mengenai kursus perubatan kedua yang dijadualkan bulan Februari 2010. Pada masa ini ada 200 permohonan hendak ditimbangkan. Jika sambutan dari orang ramai seperti ini berterusan, keahlian Darusysyifa Warrafahah akan mencecah 1000 orang dalam masa 3 tahun mendatang.
Pendorong-pendorong hajat saya yang lain adalah seperti berikut:
Mahu mempastikan supaya fungsi Darusysyifa Warrafahah dapat dijalankan dengan sempurna dengan kemudahan sendiri dan menepati matalamat dan objektifnya. Disamping memberi rawatan secara Islam Darusysyifa Warrafahah mempunyai potensi untuk menyumbang inovasi dalam hal perubatan Islam melalui mendorong dan menyokong pengamalan perubatan Islam dan membuat pengajian dan perkembangan dalam memajukan perubatan Islam. Kejayaan aktiviti-aktiviti yang demikian akan menyerlahkan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah ‘leading country’ yang menerima dan mengamalkan perubatan Islam sebagai cara menjaga kesihatan bukannya saja fisikal tetapi juga secara spiritual dan juga sebagai sebuah Negara Islam yang memajukan perubatan Islam melalui penyelidikan.
Pada masa ini Darusysyifa Warrafahah sedang menyewa sebuah rumah yang mempunyai 5 buah bilik tidur, sebuah bilik dapur, dan sebuah bilik tamu yang digunakan untuk pelbagai fungsi:
(a) Pejabat am.
(b) Tempat mesyuarat.
(c) Tempat tinggal Tuan Guru/ pensyarah/ perawat yang di datangkan dari luar negeri.
(d) Tempat perubatan.
(e) Tempat sembahyang berjemaah dan berzikir bagi ahli.
(f) Tempat tinggal ‘care taker’.
(g) Mendengar ceramah yang mana juga dibukakan kepada orang ramai.
Oleh sebab keramaian ahli pada masa ini adalah lebih dari 200 orang dan keramaian pesakit yang datang mulai ramai, tempat ini telah menjadi kurang sesuai bagi menampung aktiviti dan keperluan ruang (space) bagi merawat pesakit dan menempatkan orang yang menuggu rawatan.
Sembahayang berjemaah bagi orang lelaki sudah sempit dan jemaah perempuan sudah dipindahkan untuk sembahayang di bilik yang digunakan bagi rawatan. Keadaan ini telah tidak berapa selesa bagi aktiviti bersembahayang berjemaah dan berzikir bagi lelaki dan perempuan secara beramai-ramai. Aktiviti serahan menjadi sempit apabila orang ramai ikut datang untuk turut mendengar serahan terutama sekali bila Tuan Guru Dato Profesor Haron Din datang.
Pada tahun ini Darusysyifa Warrafahah membuka khidmat rawatan sebanyak 4 kali dengan mendatangkan dua-tiga orang perawat setiap kali dari Kuala Lumpur, Malaysia iaitu dalam:
(a) Bulan Julai 2009 (11, 12 & 13hb Julai - satu setengah hari sahaja),
(b) Ogos 2009 (14, 15, & 16hb Ogos - satu hari setengah sahaja),
(c) September 2009 (11, 12, & 13hb September - satu hari setengah), dan
(d) November 2009 (7, 8 & 9hb November - satu hari setengah).
Mengikut catatan yang dibuat keramaian pesakit yang telah dirawat dalam empat kali rawatan telah menjangkau lebih dari 600 orang. Pelbagai jenis kes yang dirawat diantaranya kes histeria, kerasukan dan santau dan lain-lain kes yang tidak dapat diubat dengan perubatan konvensional (hospital). Kes yang sudah kronik yang tidak ada harapan bagi sembuh melalui konvensional rawatan juga dibawa sebagai usaha pesakit bagi mendapatkan rahmat dari Allah untuk diringankan kesakitannya dengan dipohonkan doa dan sembahayang hajat bagi ketenengan dan ketenteraman hati pesakit dan keluarganya. Perubatan Islam berpegang semua perkara datang dari Allah yang Maha Berkuasa. Doa dan sembahayang hajat adalah salah satu cara perubatan Islam. Khidmat seperti inilah yang boleh diberikan oleh Darusysyifa Warrafahah kepada masyarakat yang memerlukan bantuan melalui perubatan Islam.
Perawat telah mendapati bahawa 70% kes yang dirawat adalah pesakit yang kena histeria, kerasukan dan santau. Mereka mendapati ‘percentage’ ini adalah lebih tinggi dari kes-kes pesakit di Malaysia. Kita sering mendengar pelajar-pelajar di sekolah terutama pelajar perempuan sering kena histeria. Budak perempuan yang yang meningkat remaja menghadapi banyak perubahan fisikal dan emotional oleh itu banyak yang lemah semangat dan mudah terganggu. Cara yang boleh meningkatkan semangat ialah menguatkan semangat mereka dengan mendekatkan diri mereka kepada Allah melalui amalan doa-doa dan zikir dan yang penting bertakwa kepada Allah. Saya dapat melihat bahawa selain dari memberi rawatan, Darysysyifa Warrafahah dapat menolong mereka ini dengan memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai menjaga kesihatan (melalui nasihat dan tujuk ajar) mengenai perubatan Islam dan menguatkan diri melalui kepercayaan kapada yang Maha Berkuasa dan keimanan. Bagi kes-kes histeria yang berkaitan dengan ganguan jika ada kemudahan yang saya hajatkan pesakit tersebut bolehlah dibawa untuk diberikan bantuan di Pusat Rawatan Darusysifa Warrafahah.
Saya telah mengamati bahawa kebanyakan pesakit-pesakit yang datang berubat adalah terdiri dari (a) orang perempuan yang mempunyai pelbagai masalah (murong, beruri, lemah semangat, takut, tertekan (stress) sehingga ada yang kurang siuman), masalah rumah tangga, penjagaan kanak-kanak, pengurusan keluarga, dsb; (b) anak-anak gadis yang mengalami histeria, selalu menyendiri tidak mahu bergaul atau suka bercakap sendiri, dsb. dan (c) anak-anak kecil yang selalu menangis dan berterusan menangis walau pun telah disahkan oleh doktor tidak mempunyai masalah fisikal, dsb. Keadaan ini mendorong saya mendapat idea untuk mengadakan aktiviti khusus bagi membantu orang-orang perempuan terutamnya ibu-ibu dan anak-anak gadis mengenai dengan perubatan Islam bukannya sahaja untuk rohani (spiritual) sahaja tetapi secara menyeluroh. Perubatan Islam adalah ‘unique’ kerana ia komprehensif ia merangkumi perubatan fisikal, emosional, mental dan rohani. Dari segi fizikal sahaja, contohnya kita dapat melihat apabila kita berwuduk cara kita mencuci tangan adalah seperti doktor mencuci tangan sebelum merawat pesakit dan cara ini juga kita lihat diajarkan dikaca television untuk mencuci tangan bagi menjaga kebersehan. Dari segi emotional dan mental jika kita tertekan, marah, hilang akal, menemui kesukaran kita di galakkan beristighfar, berzikir, dsb. Dari segi rohani zikir memberi kita kedamaian dan sembahyang hajat boleh memberi kita harapan. Di antara aktiviti-aktiviti yang saya percaya boleh diusahakan oleh Darusysyifa Warrafahah untuk kaum ibu dan para gadis ialah bimbingan yang berkaitan dengan (a) memperkuatkan semangat, mengendalikan tekanan (stress), menjaga kebersehan, dsb. (b) mempraktikkan cara pengurusan rumah tangga dan penyediaan makanan cara Islam, contohnya dengan membaca ‘Bismillah’ apabila membuat sesuatu, berdoa dan bersalawat, dsb. (c) mengasuh anak dengan sentiasa mengajar mereka supaya sentiasa mendekati Allah, contohnya, apabila menidorkan anak bacakan Surah Al-Fatihah, dodoikan dengan zikir Allah dan jika tidak ada kemampuan pasang radio yang rancangannya ialah membaca ayat-ayat suci Al-Quraan. Usaha seperti ini memerlukan tempat untuk mengadakan aktiviti bimbingan bagi ibu-ibu dan gadis-gadis melalui kelas, syarahan, ceramah dsb. Aktiviti-aktiviti hanya dapat dilaksanakan jika ada kemudahan Pusat Latihan atau Dewan Serbaguna seperti yang saya hajati untuk Darusysyifa Warrafahah.
Bilik rawatan di rumah sewa Darusysyifa Warrafahah pada masa ini tidak cukup. Dua buah bilik tidur telah dijadikan bilik rawatan yang mana tidak sesuai. Satu buah bilik telah diubahsuai untuk kes kecemasan (bagi pesakit yang histeria, dan kerasukan). Sebuah bilik telah dibahagikan dua dengan menggunakan langsir, yang mana ini adalah kurang selesa kerana tidak ada ‘privacy’ untuk pesakit bercakap dengan perawat. Olehitu tempat rawatan yang sesuai, selesa dan ada ‘privacy’ sangat diperlukan dengan dan Pusat Rawatan yang dihajatkan itu akan dapat memenuhi keperluan ini.
Tempat letak kereta yang ada di kawasan rumah sewa Darusysyifa Warrafahah adalah kurang untuk menampong keramaian ahli dan pesakit semasa mereka datang ke rumah tersebut. Oleh sebab rumah Darusysyifa Warrafahah adalah berdekatan dengan perumahan orang, pakir adalah menjadi satu masalah yang boleh menggangu lalulintas bagi jiran sebelah rumah. Olehitu Bangunan Darusysyifa Warrafahah yang dihajatkan dibangunkan di tempat yang sesuai adalah sangat-sangat diperlukan.
Awal tahun 2009 ini Darusysyifa Warrafahah telah mengendalikan Kursus Perubatan Islam dimana lapan (8) orang guru / pakar perubatan Islam yang diketuai oleh Tuan Guru Dato Dr. Profesor Haron Din, yang telah di terbangkan dari Kulala Lumpur Malaysia, telah memberi latihan perubatan Islam yang berjalan selama 80 jam. Mereka ini telah didatangkan secara bergilir-gilir. Sambutan terhadap kursus sangat baik, seramai 165 orang peserta telah menjalani latihan selama lapan (8) minggu. Alhamdullilah, dengan belas ehsan Pejabat Mufti Kerajaan Brunei Darussalam yang telah membantu memberi tempat, kursus tersebut telah berjalan dengan baik dan selesa. Kursus tersebut sudah tamat, hanya beberapa orang peserta yang maseh memerlukan tasme’. Pada masa ini Darusysyifa Warrafahah sedang merancang majlis pengijazahan yang akan diadakan awal tahun 2010. Kami mendapati susah untuk mendapat tempat yang memberikan sewa murah bagi mengadakan majlis pengijazahan tersebut. Peruntukan dari Darusysyifa Warrafahah tidak banyak hanya cukup bagi membiayai majlis tersebut dengan seadanya kerana persatuan ini baru ditubuhkan dan persatuan ini berbentuk ‘charity’ yang mengharapkan sumbangan dari ahli, orang perseorangan yang dermawan dan sokongan dari orang ramai. Jika Dewan Serbaguna ada maka majlis pengijazahan yang akan datang akan dapat diadakan dengan mudah dan berjimat.
Atas permintaan orang ramai awal tahun depan Februari 2010 Darusysyifa Warrafahah akan mengadakan satu latihan lagi—Kursus Latihan Perubatan Islam bagi pengambilan kedua. Dijangka seramai 200 orang akan ikut serta ini menjadikan keahlian Darusysyifa Warrafahah bagi tahun 2010 meningkat ke 400-500 orang. Besar kemungkinan Darusysyifa Warrafahah akan menghadapi masalah mencari tempat luas bagi latihan dan tempat bersembahyang jemaah dan berzikir bagi peserta kursus dan juga bagi aktiviti-aktiviti Darusysyifa Warrafahah yang lain. Lazimnya sebelum sesi latihan di sebelah malam, ia dimulakan dengan sembahyang fardu Magrib dan Isyak berjemaah dan berzikir. Oleh itu Pusat Latihan dan Dewan serbaguna adalah sangat diperlukan.
Bahan-bahan perubatan pada masa ini diperolehi dari ahli dan ehsan orang di sekeliling. Darusysyifa Warrafahah sedang merancang untuk mengumpulkan dan menanam seberapa banyak bahan perubatan yang jenis kecil—pokok herba disekeliling rumah sewa yang mempunyai sedikit ruang yang dapat digunakan kerana kawasan yang lapang telah digunakan untuk pakir atau kem untuk makan dan minum apabila ada aktiviti seperti sembahayang berjemaah dan berzikir. Kawasan untuk kebun bagi menanam pokok besar seperti pokok nangka, pokok mamu, papaya jantan, pokok kelapa, dsb. dan pokok herba—kunyit, serai, pengaga, dukong anak, dsb. Kolam untuk hidupan diair— dari jenis tumbuhan dan tempat memelihara ikan contohnya ikan dalak yang digunakan sebagai bahan perubatan dan penyelidikan sangat diperlukan. Oleh itu tanah yang luas untuk dijadikan kebun amat diharapkan.
Ada beberapa orang ahli Darusysyifa Warrafahah telah memulakan penyelidikan membuat alat resdong dan membuat majum yang diusahakan di rumah sendiri. Darusysyifa Warrafahah mahu mempastikan ada kualiti kontrol bagi penyediaan bahan perubatan tersebut, oleh itu satu keperluan yang mendesak lagi perlu ditangani. Dengan adanya Pusat Penyelidikan dan Perkembangan (Research & Development) Darusysyifa Warrafahah boleh menjamin kualiti produk bahan perubatan.
Telah didapati banyak bahan tempatan yang telah digunakan untuk perubatan di Negara yang perlu diselidiki untuk dijadikan sebagai bahan rasmi perubatan yang boleh diperakukan (endorse) oleh Darusysyifa Warrafahah. Hampir kesemua bahan yang digunakan pada masa ini adalah berasaskan bahan perubatan Islam yang direkomen oleh pakar dari luar negeri iaitu Malaysia. Ada bahan perubatan yang tidak diketahui boleh didapati di Negara Brunei Darussalam. Olehitu Pusat Penyelidikan dan Perkembangan (Research & Development) adalah sangat-sangat diperlukan. Pusat ini jika ada akan dapat menarek penyelidik dari luar negeri untuk datang membuat penyelidik mengenai bahan tempatan bagi dibuat bahan perubatan. Usaha seperti ini akan juga menggalakan orang kita membuat penyelidikan mengenai khazanah hasil bumi Negara Brunei Darussalam untuk dijadikan bahan perubatan dan seterusnya mengeluarkan bahan perubatan sebagai produk yang halal. Implikasinya usaha ini banyak diantaranya yang ternampak ialah (a) menggalakan orang kita membuat penyelidikan mengenai hasil bumi kita, (b) menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai pusat penyelidikan yang khusus bagi memajukan perubatan Islam dan pembuat bahan perubatan Islam, (c) hasil penyelidikan boleh memajukan ekonomi orang Brunei melalui membuka perusahaan kilang membuat ubat yang berkualiti dan pencetakan buku ilmiah yang berkaitan dengan bahan-bahan perubatan Islam, (d) bahan perubatan Islam akan menambahkan lagi produk halal yang dikeluarkan oleh Negara Brunei Darussalam, dsb.
Pada masa ini Darusysyifa Warrafahah sedang mengumpulkan bahan rujukan seperti buku-buku, kitab-kitab dan jurnal rawatan Islam yang di simpan oleh beberapa orang ahli di rumah masing-masing. Bahan rujukan itu tidak dapat di simpan di rumah sewa Darusysyifa Warrafahah kerana tidak ada tempat yang sesuai untuk menjamin keselamatannya. Saya berharap supaya Darusysyifa Warrafahah akan dapat mengumpulkan sebanyak buku-buku, dokumen-dokumen, manuskrip-manuskrip dan apa jua jenis bahan rujukan yang berkaitan dengan perubatan Islam. Olehitu Perpustakaan sangat-sangat diperlukan.
Selain dari datang untuk mendapatkan rawatan ada juga orang ramai yang dibawa oleh ahli yang ingin bersembahyang berjemaah berdikir dan mendengar syarahan, terutama sekali bila ada Tuan Guru Dato Dr. Profesor Haron Din memberi ceramah. Banyak orang ramai ingin ikut serta berzikir. Zikir-zikir yang menguatkan pertahanan diri dan kesihatan sangat digemari, tambahan lagi kalau ada peluang untuk mendengar syarahan Tuan Guru. Di hari khas seperti ini selalunya memerlukan tempat yang lebih besar untuk menampong keramaian orang. Inilah satu masalah yang selalunya menghalang Darusysyifa Warrafahah membuka jemputan orang luar. Jika adanya Dewan Serbaguna yang boleh menampong 1000 orang Darusysyifa Warrafahah bersedia menerima orang ramai untuk sama-sama bersembahyang berjemaah dan seterusnya berzikir dan juga mendengar ceramah. Berzikir adalah satu aktiviti yang diharuskan bagi semua perawat bagi mempertahankan diri dan bagi ahli untuk menguatkan dan menjaga kesihatan diri. Jika banyak orang ramai yang turut berzikir bersama ahli-ahli Darusysyifa Warrafahah maka dengan sendirinya Darusysyifa Warrafahah mengalakkan banyak orang ramai berzikir, yang mana ini adalah hasrat KDYMM, Sultan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam, seperti yang telah dititahkannya bagi menjadikan Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.
Salah satu objektif Darusysyifa Warrafahah ialah mengkosikan ilmu perubatan dengan perawat-perawat konvensional yang bekerja di hospital bagi mengamalkan cara perawatan Islam, contohnya membaca ‘Bismillah’ sebelum membuat rawatan, membaca surah Al-Fatihah, berselawat bagi mententramkan orang yang kesakitan, membimbing orang yang nazak bagi mengucap kalimah syahadah, dsb. Ini adalah salah satu aktiviti yang sedang dirancang oleh Darusysyifa Warrafahah untuk mengadakan ceramah, seminar, kursus, dsb. kepada perawat-perawat hospital dan mereka yang mengamalkan rawatan alternatif. Ini memerlukan kemudahan tempat seperti Dewan Sebaguna yang sebutkan di atas tadi.
Perubatan Rasullulah mengajar kita cara menjaga kesihatan yang paling baik, contohnya (a) makan buah-buahan sebelum makan sarapan atau makan tengah hari dan malam yang mana telah didapati sahih dari segi sains boleh memberi menfaat kepada penghazaman makanan, (b) makan untuk memenuhi keperluan lapar dan berhenti sebelum kenyang adalah amalan yang paling baik untuk mengelakkan ‘obesity’, (c) berpuasa hari Isnin dan Khamis bukannya sahaja untuk beramal mendapatkan pahala tetapi untuk mejaga kesihatan mengurangkan makan berlebehan, merehatkan perut, dan juga menguatkan mental dan emosi untuk mendisiplin diri. Banyak lagi amalan-amalan perubatan Rasullulah yang perlu dikongsi dan disebarkan kepada orang ramai bagi membantu membenteras masalah ‘obesity’, kancing manis, sakit buah pinggang, tinggi darah, tinggi kolesterol, dan pelbagai jenis penyakit yang lain. Mengkongsikan dan menyebarkan Perubatan Rasullulah inilah salah satu aktiviti kebajikan yang akan diusahakan oleh Darusysyifa Warrafahah jika kemudahan tempat ada melalui ujudnya bangunan Darusysyifa Warrafahah yang dihajati.
Selain dari ubat, perubatan Islam menggunakan doa-doa. Perubatan Islam juga menggalakkan bukannya sahaja perawat berdoa semasa membuat perubatan tetapi orang-orang yang menziarahi pesakit juga digalakkan berdoa apabila melawat pesakit. Doanya bukannya sahaja mententramkan pesakit tetapi juga orang yang mendoakan juga mendapat kebaikan dari doannya. “Daripada Abu Darada Radhi allahu an: Rasulullah SAW telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdoa) akan ada didekatnya seorang Melaikat Mu’wakil (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (Melaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama “(di petik dari buku Ikhtiar; Penyembuh Penyakit dengan ayat-ayat dan Doa Mustajab oleh Tuan Guru Dato’ Doktor Haron Din, Pengasas dan Penasihat, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa).
Kesimpulannya Darusysyifa Warrafahah memerlukan sokongan dan dokongan masyarakat untuk menjayakan kefungsiannya. Alhamdullilah Darusysyifa Warrafahah telah mendapat perhatian dari KDYMM semasa Beginda melawat booth Darusysyifa Warrafahah dan menandatangani buku lawatan sempena penyertaan Darusysyifa Warrafahah dalam Majlis Ilmu 2008. Darusysyifa Warrafahah juga telah mendapat sokongan padu dari pejabat Mufti Kerajaan Brunei yang telah memberi kemudahan untuk membolehkan Darusysyifa Warrafahah mengendalikan kursus perubatan Islam. Darusysyifa Warrafahah juga telah mendapat sokongan dan sambutan dari orang ramai. Melalui projek Bank Islam Brunei Darussalam “Wish at BIBD, wishes do come true” ini satu lagi peluang terbuka bagi lain-lain anggota masyarakat seperti badan-badan koprat, dan perniagaan ikut serta memberi sokongan untuk sama-sama mendokong perkara kebajikan bagi masyarakat, Negara dan agama.
Alangkah cantiknya bangunan Darusysyifa Warrafahah itu disumbangkan oleh pihak tertentu daripada masyarakat Islam, khasnya, kerana yang demikian itu mempunyai banyak dan tinggi maknanya kepada semua pihak—bagi yang memerlukan dan menerima iaitu Darusysyifa Warrafahah dan orang ramai dan juga bagi pihak yang akan menyampaikan hajat iaitu Bank Islam Brunei Darussalam. Melalui Projek “Wish at BIBD, wishes do come true”, Bank Islam Brunei Darussalam akan dapat secara tidak langsung melibatkan diri untuk membantu orang ramai dan Negara membuat satu kebajikan yang memberi manfaat kepada orang ramai, masyarakat, Negara dan agama yang berpanjangan. Hajat mendapatkan satu juta ringgit dari projek Bank Islam Brunei Darussalam “Wish at BIBD, wishes do come true” ini adalah satu peluang keemasan juga bagi saya, Darusysyifa Warrafahah dan ahli-ahlinya, para dermawan dan orang ramai untuk membolehkan kami membangun satu bangunan di mana kemudahan bagi perkhidmatan kepada orang ramai, masyarakat dan Negara dapat di berikan dengan sempurna, selesa dan mudah bagi semua pihak.
Demikianlah hajat saya. Semoga hajat saya berjaya. Amin! Wassalam.


