Soalan-Soalan Yang Sering Ditanya
- Apakah Matlamat Promosi Hajat?
- Apakah yang dimaksudkan dengan Akaun Semasa/Simpanan?
- Siapakah yang layak menyertai Promosi Hajat?
- Saya sudahpun mempunyai Akaun Semasa/Simpanan. Adakah saya masih layak menyertai Promosi Hajat?
- Bilakah saya boleh mula menghantar Hajat?
- Berapa banyak Baucer-Hajat yang boleh saya terima?
- Bagaimana cara saya menghantar Kisah-Hajat?
- Bolehkah saya menghantar lebih dari satu Hajat?
- Berapakah nilai Hadiah Hajat yang boleh saya terima?
- Apakah yang boleh saya hajatkan?
- Bagaimanakah cara memilih pemenang Pembuat Hajat?
- Saya berminat membuka Akaun Semasa/Simpanan, bagaimana saya boleh dapatkan lebih banyak maklumatnya dan cara mendaftar?
- Saya mempunyai soalan-soalan yang tidak ada jawapannya dalam ruangan Soal-Jawab ini. Di manakah saya boleh dapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan?
Promosi Hajat memberi peluang pelanggan mengenali aspirasi hidup mereka dengan tujuan menggalakkan bakal pelanggan mengembangkan simpanan mereka.
Adalah menjadi harapan BIBD untuk menjadi bank di mana awda boleh mengamanahkan Hajat awda.
Ia merujuk kepada Akaun Simpanan dan Akaun Semasa Wadiah.
Promosi Hajat terbuka kepada semua warga negara dan penduduk tetap Brunei yang menjadi pemegang Akaun Semasa/Simpanan. Awda akan menerima satu Kod-Hajat bagi setiap BDN500 yang awda simpan dan kekalkan. Tetapi awda hanya layak mendapat peluang menerima hadiah jika awda mengekalkan simpanan sekurang-kurangnya BDN2,000 sepanjang bulan kelayakan. Pemegang akaun yang berusia 16 tahun ke bawah, perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa atau penjaga untuk menjadi pentadbir pemegang akaun, dan kami perlukan bukti persetujuan tersebut sebelum awda menuntut sebarang hadiah.
Untuk maklumat lanjut, harap lihat Terma & Syarat. Ingatlah, dengan menyertai Promosi Hajat, awda tertakluk kepada terma & syarat-syarat ini. jadi ambillah masa beberapa minit untuk membacanya dengan teliti sekarang.
Ya, awda layak mendapat Kod-Hajat yang pertama jika awda memiliki sekurang-kurangnya BDN500 dipermulaan kempen. Kod-Hajat berikutnya akan diberikan berdasarkan setiap tokokan BDN500. Awda boleh mendapatkan Kod-Hajat daripada mana-mana cawangan kami.
Promosi Hajat telah dilancarkan pada 20 Mac 2009. Awda sudah boleh menghantarkan Kisah-Hajat sebaik saja awda menerima Kod-Hajat selepas awda membuka Akaun Semasa/Simpanan.
Semua pelanggan yang layak akan diberikan satu Baucer-Hajat/Kod-Hajat bagi setiap BDN500 yang disimpan dan dikekalkan. Baucer-baucer kelayakan diberi berdasarkan kadar yang jumlahnya paling dekat kepada BDN500.
Selepas memasukkan sekurang-kurangnya BDN500 ke dalam akaun awda, awda hendaklah pergi ke mana-mana cawangan kami untuk mendapatkan Kod-Hajat. Dengan Kod-Hajat tersebut, tujulah ke halaman Hantar Kisah-Hajat untuk memasukkan butir-butir diri dan Hajat awda. Harap maklum bahawa Hajat awda hanya layak diterima jika awda mengekalkan simpanan minimum sebanyak BND2,000 dalam simpanan awda sepanjang promosi ini.
Awda boleh menghantar lebih daripada satu Kisah-Hajat, tetapi setiap Kisah-Hajat mestilah disertakan dengan Kod-Hajat khas. Awda akan menerima satu Kod-Hajat apabila awda membuka Akaun Semasa/Simpanan dengan BDN500 dan Kod-Hajat tambahan dengan setiap tokokan BDN500 yang dikekalkan.
Hadiah bulanan bernilai lebih BDN80,000 akan ditunaikan kepada sehingga sepuluh Kisah-Hajat, hadiah suku-tahunan pula bernilai BDN100,000 setiap satu dan Kisah-Hajat terbaik akan dianugerahkan BDN 1 Juta.
Untuk butir lanjut, sila lihat Terma & Syarat.
Awda boleh sebutkan apa saja Hajat awda dan sehingga sepuluh Kisah-Hajat akan ditunaikan hadiah bernilai lebih BDN80,000 setiap bulan. Selain daripada hadiah bulanan, kami juga akan memberikan hadiah bernilai BDN100,000 pada setiap suku-tahunan dan Kisah-Hajat terbaik akan dianugerahkan hadiah bernilai BDN 1 Juta pada hujung tahun.
Kisah-Hajat dipilih berdasarkan kepada cerita yang memenuhi kesemua empat kriteria penghakiman.
Untuk butir-butir lanjut, sila lihat lelaman Bagaimana Hajat ditunaikan.
Awda boleh baca mukasurat Akaun Semasa/Simpanan untuk mendapatkan maklumat tentang kelayakan Akaun Semasa/Simpanan, Jenis-Jenis Produk dan Kadar Akaun Semasa/Simpanan serta cara-cara Membuka Akaun. Awda boleh kirimkan mesej menerusi borang online bagi maklumat yang tidak ada dalam senarai. Sekiranya awda mahu bercakap dengan kerani-kerani bank BIBD kami, silalah datang ke mana-mana cawangan BIBD atau telefon mereka di talian cawangan berkenaan.
Pertama sekali pastikan awda telah membaca Terma & Syarat. Sekiranya awda masih tidak mendapat jawapan kepada soalan awda, harap kirimkan mesej melalui borang online dan kami sedia merujukkan awda kepada saluran-saluran yang berkenaan.


