Mengenai Akaun Semasa
Konsep Al-Wadiah:
"Menyerahkan harta seseorang kepada seorang lain untuk disimpan secara selamat dengan kebenaran menggunakannya tanpa niat untuk menerima sebarang ganjaran daripadanya". (An introduction to Islamic Finance: Theory and Practice, Zamir Iqbal & Abbas Morakhor)
Akaun Semasa Al-Wadiah
Terma & Syarat
- Terbuka kepada individu dan syarikat. Individu mestilah berusia 18 tahun dan ke atas. Syarikat pula mesti berdaftar di Brunei.
- Tidak dibuka kepada warga asing.
- Simpanan minimum ialah BND1,000.00.
- Pemegang akaun akan diberikan buku cek. Individu dibenarkan memohon kad ATM.
- Pemberian keuntungan terpulang kepada budi bicara bank. Keuntungan dibayar setiap bulan.
- Keuntungan dibayar kepada akaun dengan baki purata harian sebanyak BND3,000.00 dan ke atas.
- Penyata bulanan akan dikirimkan kepada pelanggan.
- Khidmat menghentikan bayaran ada disediakan.
Dokumen-dokumen yang diperlukan:
- Salinan Kad Pengenalan.
- Salinan pendaftaran syarikat.
- Memorandum Artikel-Artikel (Syarikat-syarikat Berdaftar).
- Borang X (Syarikat-syarikat Berdaftar).
- Syarikat-syarikat Tidak Berdaftar – surat dari pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.


